Online Diary bila cik butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Tuesday 24 February 2015

Kurus dan PRONICY CYPROTHEPTADINE HCI/DEXAHARSEN DEKSAMETASON

Hari ni tak tau la macam mana hati boleh tergerak cari-cari info.
Kurus? Sinonim sangat dah dengan aku ni. Haha Sejak dulu sampai sekarang la kot. Keding je.
Makan banyak? Banyak sangat sampai aku pun tak tahu mana pegi makanan tu pegi.
Member kata, simpan saka. Ntah la...
Aku dah lali. Haha

Ceritanya bukan pasal aku kurus atau salasilah kisah hidup aku yang kurus.
Memang aku 35kg je sejak form 5 (2006) sampai further study (2014). Tak berubah. 35kg fixed!
Tinggi 150.2cm.
Ok, betapa renek dan rendangnya aku. Angin tiup pun leh melayang tau. Haha

Tetapi...Ada tetapi
Syukur lah. Sekarang ni aku dah cecah BMI normal aku. Exceed 40+kg.
Normal la tu sebab aku pendek.
Setelah sekian lama tunggu. Hihi

Okay, ceritanya baru bermula. Pasal ubat yang aku ambil.
Aku macam pernah consume ubat ni dulu. Masa aku form 4 ke.
Tapi packagingnya memang lain.
Kali ni dalam botol ubat biasa, no labelling.
Kiranya aku ni berani la amek ubat sebarangan kan.
Tapi...
Kesan bagus. Badan naik. Selera makan bertambah.
Ambil sebotol je masa tu untuk stok sebulan. Lepas tu stop. Sebab tak jumpa supplier ubat dan ubat tu sebenarnya ubat terlarang. Kata pharmacist. So, aku stop. Then badan aku turun balik. Selera makan kurang asyik mual-mual, nak muntah je kalau makan.

Pastu 2014, aku kenal somebody ni. Kawan aku jugak.
Dia supplier satu ubat tambah selera makan. Aku tengok testimoni-testimoni customer dia.
Before and after.
Aku pun order la ubat tu. But still no labelling dan tak tahu apa benda tu.
Tapi sebab nak berisi sangat kan, so aku try la jugak consume lagi.
Dan ubat tu exactly sama ubat yang aku makan dulu.
Mula-mula makan tak ada kesan lagi. 2x sehari ambil lepas lunch and dinner.
Dah seminggu lebih aku jadi makan macam badak. Seriously. Sangat-sangat berselera.
Aku siap boleh sapu lagi lebihan makanan kawan-kawan kalau tak habis kat kedai makan.
Dari tak ambil breakfast, aku kena breakfast.
Dari tak nak makan, aku dinner nasi campur, bihun goreng, dan thosai at the same dinner time secara continuous.
Jam 8am, 10am, 11am, 2pm, 6pm, 8pm, 10pm, 12pm...Semua tu masa makan berat aku.
Non-stop mengunyah. Hasilnya dalam masa 3 minggu aku naik 8kg.

Tapi...ada tapi lagi.
Yang naiknya bukan kat semua tempat.
Kat pipi, tengkuk, dan perut.
Muka jadi kembang semacam. Ntah. Macam aku tak kenal diri aku dah.
Sangat lain dan hodoh aku rasa. Haha
Aku takut sangat dengan perubahan diri sebenarnya. Lepas tu aku pun dipengaruhi oleh seorang sahabat penyelemat ni. Ajak pergi gym. Try2 tengok katanya,
Aku ni penyegan orangnya. Dengan badan yang masih tahap keding lagi nak ke gym, mesti orang gelak.
Sah! Memang ada yang gelak. Siot je. Tapi aku jadi jatuh cinta dengan gym.
Aku pun sign up member..3 bulan terus. Dan masih amalkan ubat tu sampai habis 2 botol tu la.
Yang positifnya, aku makan banyak, aku workout (weight training + yoga + zumba), badan aku jadi tak seteruk yang masa kembang melampau tu. Kiranya berpuas hati dengan fit nya, etc.
Aku rasa kalau tak workout, mau macam bola n timbang pun exceed 50kg kot.
Sampai ubat habis, aku tanya seorang abang body builder kat sana yang salu training kan aku secara tak langsung. Pasal pandangan dia tentang ubat unknown yang aku ambil tu. Then apa yang dia cakap sangat terkesan kat aku.

Aku makan banyak, kerap, ambil ubat, tapi makanan tu tak hadam dengan baik. Sebab aku tak bagi perut aku rehat. Then jadilah lapisan2 lemak kat perut, kat pipi, and tempat2 tertentu je. Aim aku bukan nak gemuk. Bukan lemak. Aku nak isi sebenarnya. Tu yang akan menambahkan berat aku dan bagi kesihatan yang baik.

Aku pun mula set, aku tinggalkan ubat tu. Aku tukar dengan protein Muscletech. Yang cepat muak, pilihlah flavour vanilla. Aku amek vanilla. Kalau choc and strawberry maunya tak sampai sebulan dan taknak consume protein,
Dia suggest GNC, tapi mahal gila! Haha Aku workout, aku kerap makan jugak tapi dalam kuantiti sikit. Gap beberapa jam bagi hadam, pre-workout supplement, post-workout supplement aku amek. Resultnya? Tadaa...memang sangat memuaskan. Badan fit penuh isi bukan lemak, berat tak naik sangat, cergas and still nak makan.

Tapi...ada tapi lagi sebenarnya. Setelah 3 bulan lebih kot aku tinggalkan ubat tu, aku jadi kurang selera makan balik. Protein aku pun stop ambil. Badan susut, susut la jugak. Tapi tak banyak la. Dapat rasa sangat tak nak makan. Aku pun repeat order ubat. Kali ni datang dengan label ubat. Haa...! Dah tau, aku pun buka search engine google chrome.



Aku taip PRONICY CYPROHEPTADINE HCI, dan DEXAHARSEN DEKSAMETASON.
Apa aku dapat?
Ok, satu-satu.

PRONICY CYPROHEPTADINE HCI.
"This medication relieves seasonal and year-round allergy symptoms such as watery/itchy eyes, runny nose, and sneezing. It is also used to relieve itching and hives caused by some skin conditions. Cyproheptadine belongs to a class of drugs known as antihistamines. It works by blocking the action of certain natural substances in the body (histamine and serotonin).
SIDE EFFECTS:
Drowsiness, dizziness, blurred vision, loss of coordination, upset stomach, constipation, increased appetite, weight gain, thickening of mucus in the nose/throat, or dry mouth/throat/nose may occur.
Some serious side effects occur: mental/mood changes (e.g., unusual excitement, confusion, hallucinations), fast/pounding/irregular heartbeat, difficulty urinating, seizures."
DEXAHARSEN DEKSAMETASON.
"Have long term negative effect on your body (especially to Heart) . So make sure don't take so much. Just take in small doss. Then stop it after you achieve your target. I taking it 2 month then i stop it. because for long term it is very dangerous to ur health."

Nampak tak kalau consume tak cari info dulu? Aku pelajar pengajian pengguna, aku buat penyelidikan tapi aku selalu pandang remeh hal-hal cari info ni.
Ya, semua ubat itu dadah kalau ambil berlebihan. Boleh ambil, tapi dalam kuantiti yang sikit.
Macam ubat ni, selepas aku dah tahu, dan sebenarnya aku dah boleh agak apa ubat ni menurut logik akal aku yang memang tak ada label dulu, consume dalamm kuantiti sikit. Capai je target, berhenti ambil lah kot. Tu aku sedang buat sekarang. Aku fokus cara hidup sihat. Mudahan.

Tapi workout pun kena continuous. Jangan sekejap nak, sekejap taknak. Disiplin tu kena tinggi. Kata nak cantik dan sihat kan.
Aku punya jadual workout:

Isnin: Zumba + abs training
Selasa: Zumba + leg training
Rabu: Yoga + Shoulder &  Back training
Khamis: Aerobic + Repeat any weight training
Jumaat: Zumba + Repeat any weight training
Sabtu & Ahad: Jogging/cheat day

Kesimpulan dari cerita aku ni yang nak dihighlight sebenarnya, kurus penyelesaiannya makan kalau nak berisi. Dan diikuti dengan gaya hidup yang sihat barulah cantik! :D Ambil supplement/ubat tak salah, tapi pastikan cari maklumat dulu. Tengok review, dan cara pengambilan yang betul.
Sekian, terima kasih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 13 January 2015

Soalan Urgent Nak Tau...

Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak2 kepada sesiapa yang komen dan biarkan komen korang pending lama. Hari ni baru berkesempatan menjenguk blog. Dan sebenarnya aku pun lupa yang aku ada blog. Maaf tau :) Teramat busy dengan thesis + dah semester 2 ni. Pape pun, aku akan cuba menjawab soalan yang boleh aku jawab. Yang tak boleh tu, maybe boleh Google untuk dapatkan jawapan lanjut. Sebab aku pun menulis ikut kata hati aku je. Dan pengalaman aku sendiri.

Untuk entri kali ni khas untuk bagitau cara lain untuk contact aku kot-kot ada soalan yang tersangat urgent nak tau..iaitu dengan cara EMAIL :D Jadi, boleh la emailkan soalan-soalan ke diery89@gmail.com. Email saja yang boleh :'( Facebook, Twitter, etc dah deactivate

Terima kasih semua sebab sudi membaca blog yang tak ramai pun follower ni. Hihi
Selamat maju jaya....

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 22 May 2014

Perayaan Hari Gawai Dayak

“Eh, Lydia. Kau balik kampung eh? Hari Gawai? Camne tuh? Gawai tu apa?”
“Lama jugak kau cuti sampai seminggu lebih.”
“Kitorang tak cuti pun weh.”
Haha..terhibur hati aku dengan pertanyaan bertubi-tubi dari rakan-rakan aku kat sini. Baik, di sini aku cerita k. Nanti korang baca je.

Ya!
Aku Bidayuh,
Dan aku adalah Dayak,
Juga menyambut Hari Gawai Dayak.
Kalau kat Sabah, Sarawak, masa perayaan Gawai Dayak, cuti lama. Seminggu jugak la. Lebih kurang sama dengan Hari Raya Aidilfitri. Tapi kat Semenanjung tak sure pula. Sebab tak pernah bercuti Gawai kat sini dan ni tahun pertama Gawai masa status dah jadi pekerja. ^_^

Ok, kembali kepada cerita Gawai. Hari Gawai di Sarawak tiba pada 1 Jun setiap tahun. Biasanya kalau kat kampung aku 30 dan 31 Mei dah mula bergawai. Ikut lah. Lain tempat lain cara sambutan. Mungkin tengok padi juga. Cepat dituai, cepat lah disambut. Hihi Gawai ni bermaksud ‘upacara’ atau ‘perayaan’, manakala Dayak adalah nama kolektif kumpulan-kumpulan etnik asli Sarawak yang mana etnik Iban dikenali sebagai Dayak Laut (kerana asalnya etnik Iban tinggal di pesisir laut) dan etnik Bidayuh, yang juga dikenali sebagai Dayak Darat/Tanah. Oleh itu, nama barat Gawai Dayak ini adalah Dayak Festival :)

Sambutan hari Gawai ni berlangsung selama sebulan. Biasanya Gawai berakhir bila upacara penutupan Gawai dilakukan. Jadi, sepanjang tempoh sebulan hari Gawai tu, macam-macam lah acara atau aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan Kumang dan Keling Gawai. Masa sebulan ni jugak la digunakan untuk melawat rakan-rakan dan saudara mara (konsep lebih kurang hari raya) di mana lawatan ini dikenali sebagai ‘ngabang’ dalam bahasa Iban, namun telah dikomersialkan dan digunakan oleh etnik Bidayuh juga.

Cara penyediaan/persiapan Hari Gawai
Persiapan Hari Gawai ni biasanya bermula awal. Sebulan sebelum 1 Jun, etnik-etnik berkaitan akan membuat Tuak (arak beras) – diperap selama sebulan atau lebih untuk hasil yang lebih sedap (seperti gambar di bawah), dan juga penyediaan makanan tradisional.



Macam air tebu pun ada kan? Sebab tuak ada 2 jenis iaitu tuak tebu dan tuak ragi. Yang putih adalah tuak ragi. Ni minuman beralkohol dan memabukkan

Kalau dulu masa duduk di rumah panjang, tikar baru akan dibentangkan di anjung rumah, dinding rumah dihiasi dengan Pua Kumbu (selimut tradisional-seperti gambar di bawah). 




Satu lawatan membersihkan tanah perkuburan juga dijalankan. Penting untuk mandi dan memcuci badan menggunakan air bunga sebelujm masuk ke rumah bagi menghindari nasib malang dan mengelakkan diri daripada diikuti oleh roh orang mati.

Pada 30 dan 31 Mei biasanya bagi etnik yang menganut agama Pagan (bukan Kristian) akan mula melakukan upacara Gawai Dayak. Gong akan dipukul dan dimainkan oleh sekumpulan orang mengikut irama muzik tradisional di Balai Gawai. Upacara tradisi disertai dengan acara tari menari memanggil semangat roh akan dilakukan dengan iringan muzik berkenaan. Biasanya yang terlibat akan bermalam di Balai Gawai ini selama beberapa hari untuk menyempurnakan beberapa upacara berkaitan agama Pagan. Balai Gawai akan menjadi tarikan pelawat, tetamu malahan pelancong juga yang berminat untuk mengetahui mengenai pelaksanaan Hari Gawai.


Etnik Bidayuh: Bermain gong bagi menghasilkan muzik tradisional bagi upacara tradisi Hari Gawai.


Etnik Bidayuh: Upacara tradisi tari menari memanggil semangat roh.

Aktiviti lainnya macam biasa lah. Ngabang dari rumah ke rumah, dihidangkan tuak, makan dan minum, dan sebagainya. Dayak Kristian biasanya akan ke Gereja bagi mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan untuk hasil tuaian yang baik.

Imbasan sejarah sikit
Sehingga 1962, kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Gawai Dayak. Gawai Dayak secara rasminya diwartakan pada 25 September tahun 1964 sebagai cuti umum di tempat Hari Sarawak. Ia pertama kali disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan aspirasi, dan harapan masyarakat Dayak. Hari ini, ia merupakan sebahagian daripada kehidupan sosial Dayak. Ia merupakan hari kesyukuran menandakan hasil tuaian yang baik dan masa untuk merancang bagi musim penanaman aktiviti atau baru datang.

Fuhh..habis juga bercerita. Hee~
Esok balik Sarawak dah...cuti panjang. Hoorreeyyy!
Menu hari Gawai? Nanti lah ye aku buat entri baru :)
Bye..jemput datang ke teratak mak ayah di Sarawak, bergawai bersama aku.


Sekian. Selamat Hari Gawai, gayu guru gerai nyamai!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 21 May 2014

Pengguna ada hak ke tiada hak?


Pengguna? Tiada hak? Eh, ape ni? Pengguna ada hak. Tuntut ganti rugi!

Haa...tu je hak yang korang tau kan? Hak untuk menuntut ganti rugi. Jadi la. Daripada tak tahu langsung. Hehe tapi..tahukah anda, hak pengguna ada 8. Ye, LAPAN. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mengenai pengguna di seluruh Malaysia, dalam lapan hak tersebut, pengguna Malaysia hanya terdedah dan praktikkan 1 hak je, iaitu seperti yang aku bagitau tadi. Sedih kan. Takpe...mari aku brief sikit 8 hak tersebut:


Hak untuk mendapat KEPERLUAN ASAS
Hak untuk mendapat KESELAMATAN
Hak untuk mendapat MAKLUMAT
Hak untuk membuat PILIHAN
Hak untuk mendapat GANTI RUGI
Hak untuk menyuarakan PENDAPAT
Hak untuk mendapat PENDIDIKAN PENGGUNA
Hak untuk mendapat ALAM SEKITAR YANG SIHAT

*nak tahu lebih lanjut pasal hak kita sebagai, tengok kat blog 8hakanda ni.

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal hak. Aku nak cerita betul ke pengguna ada hak pada masa sekarang. Maksud aku, dalam pasaran yang semakin kompleks kini. Aku ada attend satu seminar yang dianjurkan oleh Consumer Forum Malaysia pada minggu lepas. Ada speaker tu cakap, "cuba lihat pasaran kini. Sepatutnya pengguna yang create demand, dan peniaga akan supply. Tapi masa kini, peniaga yang create demand, dia juga yang create supply." Betul kan apa speaker ni cakap? Contoh, smartphone. Pada asalnya kita tak perlu pun smartphone ni. Sebab kita hanya perlu dan tahu call in, call out, SMS dan MMS. Dan itu je basic function yang kita mahu pun. Tapi sebab pengeluar mengeluarkan iklan mengenai Line, Whatsapp, WeChat, internet surfing via mobile dan sebagainya membuatkan kita rasa kita perlu benda tu. Jadi, kita dapat lihat di sini, peniaga yang create demand, dan dia juga yang create supply. Kita sebagai pengguna hanya mengikut telunjuk peniaga. Pengguna dah hilang kuasa dalam pasaran secara tidak langsung.

Aku teringat situasi semalam pula. Pergi Pet Shop kat Uptown. Aku nampak banyak pets. Dan nampak satu kucing ni. Baka Parsi tapi comot, kotor. Aku pun dengan tak menyabarnya dan tak toleh kiri kanan, aku belai kucing tu. Tiba-tiba pekerja Pet Shop tu tegur. 

"Pekerja: Kak, jangan pegang haiwan (kucing) dalam cage. Tak nampak ke notis besar-besar tu. 

Aku: Terus meliar cari notis yang dimaksudkan. Antara notisnya:

JANGAN SENTUH HAIWAN DALAM SANGKAR (kat pet yg dijual)
JANGAN SENTUH!! PANDANG SAHAJA! (kat cage n makanan pet yang dijual)
PANDANG PAKAI MATA! BUKAN PAKAI TANGAN! (kat setiap item yg dijual kat kedai)"

Aku pun terus keluar dari kedai tersebut dan membebel. Kalau tak bagi sentuh, kenapa nak berniaga? Ye tak? Kenapa peniaga ni cipta notis amaran sedemikian rupa? Adakah pengguna dah takda hak untuk menyentuh barang tersebut dan perhati sama ada ia berada dalam kualiti yang baik atau pun tidak? Bagi aku, hak tetap hak. Peniaga ini sebenarnya tidak layak pun letak arahan macam tu. Kalau bawa ke mahkamah pun kes pengguna sentuh barang, padahal dah ada notis, peniaga tetap kalah sebenarnya. Tapi pengguna biasa yang tiada ilmu mungkin akan jadi takut dan terus tak sentuh barang tersebut.

Sama juga situasinya dengan kedai yang meletakkan notis "barangan yang telah dibeli tidak boleh ditukar." Sebenarnya kalau mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, kita boleh menukar barangan tersebut dalam tempoh masa tertentu. Kurang daripada seminggu kalau tidak silap. Kena check balik. Tapi mengikut term and condition la. Ye lah..kalau barangan tersebut rosak sebab kita sendiri, memang la buat camne pun tak dapat tukar balik.

Dapat tengok kan perbezaan antara kita tak tahu hak kita dengan tahu hak kita. Kita dapat melindungi diri sendiri dalam pasaran jika tahu begitulah perlindungan untuk kita sebagai pengguna. Kalau kita tak tahu, kita hanya menurut dengan membabi buta je apa yang peniaga atau pengeluar createkan untuk kita. Gunakan Hak Untuk Mendapatkan Maklumat untuk tahu, dan Hak Untuk Membuat Pilihan untuk pilih yang terbaik untuk diri kita.

Sekian.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 16 May 2014

Belajar untuk lulus? Atau..belajar untuk belajar?

Apa aku buat? Sampai ke hari ni thesis aku takat tu je la. Tak gerak-gerak. Evaluation is due by 23rd May. Rasa nak tercekik, muntah hijau pun ada. Supposely hantar hari ni tapi aku buat-buat tak tahu dengan supervisor. Aku menangis. Rasa fed up dan nak balik tidur pun ada. Kadang-kadang tak tahu apa yang kita nak dalam hidup. Itulah aku. Tapi bila fikir balik, sebab kita tak tahu apa kita nak lah yang membuatkan hidup jadi serabut serabai camni. Aku terduduk, termenung dan berfikir. Tiba-tiba aku teringat satu seminar yang aku attend minggu lepas. Speaker tu kata, "Kalau belajar nak lulus dan bergraduat je, kita akan rasa stress, tension, nak marah, fed up dan sebagainya." 

Aku banding dengan diri aku. Aku tanya kat diri sendiri. Aku nak belajar untuk lulus atau belajar untuk belajar? Belajar itu sepatutnya menjadi sesuatu yang menarik. Kita memperoleh maklumat baru, kita memahami sesuatu kejadian, kita meneroka ilmu. Bayar hampir RM2k untuk sambung master dan aku jadi fed up dengan ilmu? Aku berhenti kerja sebab aku nak nangis buat thesis

Baru aku sedar betapa pentingnya matlamat dalam segala yang kita buat. Matlamat tu lah penentu perjalanan kita. Seronok tak seronok. Menarik tak menarik. Dalam belajar umpamanya. Sekiranya kita hanya nak lulus dan bergraduat serta mencukupi syarat, proses pembelajaran akan jadi beban pada kita. Kita akan merasa kerap stress, tension, marah-marah, dan mudah nak berputus asa. Sebab niat nak lulus. Bukan nak mempelajari sesuatu ilmu.

Lain pula kalau kita minat nak belajar. Kita belajar sebab nak belajar sesuatu, kita nak ilmu tersebut. Kita akan merasa seronok dan enjoy. Selain daripada itu, usaha kita untuk mendapatkannya juga amat berlainan. Kepuasan yang kita dapat darinya juga luar biasa. 

Aku jadi stress hari ini sebab niat aku, matlamat aku nak siapkan kerja ikut milestone aku. Aku nangis sebab aku nak proposal ini kena approved. Itu aku. Matlamat aku. Sepatutnya bukan...bukan itu matlamat aku. Aku nak belajar. Aku nak ilmu. Aku nak educate pengguna kita. Aku nak kaji mereka. Aku nak bantu mereka. Itu yang sebenarnya aku nak. (Ambil balik kertas, dan menaip semula.)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 29 January 2014

Kempen Penurunan Harga Barang

Hi! Sihat tak pengguna-pengguna bijak semua? :) Hope everyone was fine.
Baru balik kerja dan terasa penat yang amat. Tapi enjoy :)

Tadi pergi satu majlis perasmian Kempen Penurunan Harga Barang di Pasaraya Econsave Balakong dan AEON Cheras Selatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak. Bagi aku secara peribadinya, kempen ini sangat-sangat baik dan membantu dalam mengurangkan beban kos hidup kita sebagai pengguna. Aku turut serta dalam walkabout yang dilakukan oleh PM serta menteri KPDNKK sendiri iaitu Dato' Seri Hasan Malek. Dan aku sangat terkejut bila dapat tahu yang harga barang yang diturunkan ini adalah sangat banyak walaupun hakikatnya diberitahu penurunan sebanyak 30% dilakukan. Tapi rasanya lebih kot. Sebab aku tengok tadi ikan dijual sampai RM4 je sekilo. Hah, seriously murah!

Tujuan kempen ini diadakan sudah tentu sekali merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup. Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan dalam kempen ini adalah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, keperluan bayi dan kanak-kanak serta produk bukan makanan.





Dan tadi tercuri-curi dengar juga perbualan orang-orang kat situ. Mereka kata ada 10 pasaraya yang turut serta dalam kempen ini. Sangat kagum dengan komitmen pasaraya-pasaraya ini dalam membantu menjayakan kempen ni. Nak tau tak apa 10 pasaraya tu? Ha, meh nak bisik...Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart, dan Tesco. Dalam 10 ni aku paling salute dengan Tesco. Kalau mereka tak ikut serta kempen ni pun, harga barang mereka memang dah murah-murah. Kalau kurangkan lagi, memang super murah! See! Kita ada 10 pilihan pasaraya termurah untuk kita beli barangan keperluan harian kita. Terima kasih! At least aku dah tahu mana nak pergi lepas ni.


Dari sudut kaca mata aku
Aku ada juga terpandang-pandang dan terdengar-dengar ada orang kata habislah peniaga kecil. Mereka susah nak cari makan sebab ramai tak pilih kedai mereka. Bagi aku mudah je. Kalau 10 pasaraya ni boleh buat, kenapa tidak mereka? Ok, fine. Mungkin ada yang kata tak boleh nak banding tu pasaraya besar. Tapi kita bermula daripada kecil. Mendapatkan kepercayaan pelanggan dahulu. Tak payah ambil untung berlipat ganda sangat. Cukup lah dapat lepas kos dan untung sikit-sikit. Sebenarnya pasaraya besar lagi tinggi kos maintenance, etc. Tapi macam Tesco, mereka menggunakan lampu jimat tenaga agar kos operasi kurang sedikit. Itu salah satu contoh. Ada banyak alternatif untuk kurangkan kos selain daripada mengambil untung berlipat-lipat ganda bagi cover kos barang.

Aku bukan nak sokong kerajaan atau bukan kerajaan. Bagi aku, setiap kesusahan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Terpulang pada kita untuk memilih alternatif terbaik. Pengguna ada banyak pilihan. Begitu juga peniaga. Jika kita lihat sesuatu sebagai satu kesusahan, selamanya kita akan rasa susah. Usaha penting untuk kita keluar dari kesusahan itu. Dan jika sesuatu benda kita dapat lihat sebagai satu benda positif, sokong lah. Jangan negatif kan benda positif. :) Pilih-pilih kedai yang lagi murah! Selamat bershopping. Moga maklumat ini bermanfaat untuk semua pengguna.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 15 August 2013

Bacelor Pengajian Pengguna_part II

Jari dah lama tak 'menari' di atas papan kekunci (keyboard) lappy. Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak bercerita. Alkisah ni kiranya sambungan daripada entri "Bacelor Pengajian Pengguna" yang lepas. Sekarang dah di bulan Ogos 2013. Bukan sebab seminggu kita dah couple tapi sebab tak sampai 1 bulan lagi generasi-generasi baru masuk IPTA/IPTS. Kiranya, para junior lah maksudnya. So, Bacelor Pengajian Pengguna juga akan menerima penuntut-penuntut baru. Tahniah buat adik-adik. Mesti gusar dan bimbang "dup dap dup dap" jantung kan. Ada juga yang mungkin kata, "Arghh..apa barang Bacelor Pengajian Pengguna? Course budak yang tak berapa nak pandai tu?" Dik, akak dulu pun fikir macam adik. Cehh~bahasakan diri akak terus. Ya, aku masa dapat kos ni pun aku fikir camtu dulu. Tapi bila dah study kos ni aku dah faham pentingnya kos ini bagi kita semua sebenarnya. Yang mana kita tidak akan dapat dalam mana-mana kos.

Bacelor Pengajian Pengguna (BPG) memang pada asasnya berpegang pada pengguna. Pengguna adalah tiang utama berdirinya BPG ini. Kenapa ada BPG? Sebab ada pengguna. Ok, enuf! Ni nak cerita kat adik-adik yang nak ambil kos ni banyak benda kita akan belajar di sini. Apa yang kita belajar all-rounders. Asalkan benda tu berkaitan dengan pengguna. Kita akan belajar pasal gelagat pengguna dalam proses sebelum pembelian, semasa pembelian, dan selepas pembelian. Bagaimana mereka membuat keputusan dalam membeli barang, apa yang mempengaruhi keputusan mereka dan sebagainya. Selain daripada itu, kita juga akan belajar tentang ekonomi. Ya ekonomi! Ekonomi diri sendiri asasnya, ekonomi keluarga, ekonomi perusahaan, ekonomi negara dan ekonomi global. Bagaimana kita menggunakan sumber kita yang terhad, yang tak banyak (wang) untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita. Apa lagi eh? Haaa...isu pengguna. Kita juga akan belajar tentang isu pengguna. Apa yang terjadi dengan pengguna akhir-akhir ini, cara kita berdepan dengan situasi pasaran yang semakin kompleks ni. Kewangan pengguna, kredit, undang-undang perlindungan pengguna, pengurusan sumber, pengurusan konflik, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah dan lain-lain lagi juga dipelajari.

Kenapa tiba-tiba ada pengurusan? Bukan tu di bawah fakulti ekonomi dan pengurusan ke? Apa kaitan dengan pengguna? Banyak kaitannya dik. Pengurusan, pengurus, organisasi, semua ini adalah orang-orang yang berinteraksi dengan pengguna dalam pasaran. Secara asasnya kita tahu mereka jual barang kepada pengguna. Orang-orang yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam pasaran bagi memenuhi permintaan pengguna. Bukan itu sahaja. Pengguna adalah pekerja juga. Jadi, pengurusan juga melihat bagaimana situasi pekerja dengan majikan dan sebagainya. Mudah dik, kalau adik-adik belajar nanti adik-adik tahu lah.

Okay. Ni adalah beberapa subjek yang diterapkan juga yang mungkin nampak tidak masuk dek akal kenapa perlu belajar dan apa kaitannya dengan pengguna. Pengenalan kepada multimedia, biologi, statistik, reka bentuk, kaunseling, psikologi dan lain-lain lagi. Alahai lah kan? Saya pun dulu banyak merenung, berfikir, kenapa lah perlu belajar subjek-subjek ni. Lagi-lagi statistik. Killer subjek bak kata senior. Tapi kan, logiknya pengguna ni manusia. Semua ni berkaitan dengan manusia. Multimedia. Sebab sekarang teknologi makin canggih. Pengguna banyak tertipu sebab tak terkejar ngan teknologi-teknologi ni. Mereka tak tahu macam mana nak cari maklumat pasal sesuatu. Mereka dok percaya je strategi pemasaran ni. Oleh itu, muncul lah subjek multimedia. Reka bentuk? Nak beli pakaian kita kena tengok reka bentuk pakaian yang sesuai. Nak beli rumah kena tengok reka bentuk rumah yang selamat, selesa. Nak beli perhiasan kena tengok yang cantik, lawa, sedap mata memandang. Settle! Kenapa belajar reka bentuk. Next, statistik. Yang utama sekali pentingnya statistik ni sebab untuk buat projek tahun akhir nanti bagi yang menjalankan kajian kuantitatif. Yang ni takpe. Nanti pensyarah bagitau. Tapi statistik ni juga penting dalam hidup pengguna. Bagaiman kita melihat kebarangkalian sesuatu isu timbul dan lain-lain lagi. Manakala psikologi, kaunseling, biologi lebih kepada bagaimana kita mengenali manusia dan cara mereka menjalankan kehidupan seharian.

Dah nampak kan secara kasarnya apa yang akan dilalui semasa mengambil course ini. Nampak senang tapi bergantung lah kepada seseorang. Sebenarnya semua ni berlaku dalam keadaan sekeliling kita, terhadap diri kita sendiri. So, tak susah untuk memahami. Cuma, belajar lah dengan ikhlas bukan hanya untuk mengejar grade. Grade penting tapi bukan yang terpenting. Yang penting pemahaman kita dan apa yang perlu kita perjuangkan untuk diri kita sendiri dan pengguna lainnya. I'm sure you will love it! Good luck and all the best! Yang tengah berkira-kira lagi nak amek course apa, pertimbangkan lah course ini. The only one dan hanya ada di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Sekian.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 18 July 2013

Asal usul sambutan Hari Bung Bratak etnik Bidayuh, Sarawak

Bidayuh ialah satu satu daripada etnik Sarawak. Lokasi penempatan etnik Bidayuh ramai di kawasan daerah Kuching, Serian, Bau, dan Lundu. Ada juga di tempat lain. Tetapi majoriti daripada kawasan ni. Aku? Aku Bidayuh. Sebab tu berminat nak tulis entri pasal Bidayuh. Hee~sebagai peringatan diri sendiri dan pengetahuan sejarah asal usul aku juga. Tadi terbaca post kat facebook. Sumber sahih tak dapat dikesan. Tapi ni lah sejarah tentang nenek moyang aku yang mana aku juga berasal daripada keturunan Bidayuh Jagoi yang terdapat di daerah Bau, Sarawak.

"PERISTIWA BUNG BRATAK : PERJALANAN PANGLIMA KULOW DAN JAMES BROOKE KE SKRANG 1841 – The Untold History

Mungkin ada yang belum mengetahui tentang kaitan kawasan pergunungan Bung Bratak yang terletak di daerah Bau dengan kaum Bidayuh Jagoi di sini. Sebenarnya, Bung Bratak pernah dijadikan kawasan penempatan asal bagi nenek moyang masyarakat Jagoi di sini yang berasal dari gunung Sungkong, Kalimantan Indonesia. Selama beratus tahun, mereka hidup amat damai, harmoni serta kaya dengan tanaman padi dan warisan Jagoi. Namun, peristiwa hitam 1 Mei 1838 telah mengubah segalanya. 


Diceritakan pada tanggal 1hb Mei 1838, penempatan Bung Bratak telah diserang oleh sekumpulan Iban dari Skrang yang diketuai oleh Bagat berserta dengan 70 orang pengikut. Bagat dan orang-orangnya telah membakar rumah-rumah panjang di sekitar perkampungan yang tenang itu. 7 baruk (rumah tradisional masyarakat bidayuh) dan 7 basal (bangsal menyimpan padi) juga turut dimusnahkan. Bagat dan orang-orangnya telah mengambil kesemua stok padi penduduk Bung Bratak dan juga merompak kesemua koleksi gong dan perhiasan tradisional hak milik penduduk di Bung Bratak. Pengikut-pengikut Bagat juga membunuh sesiapa yang menentang mereka. Dikatakan hampir 2,000 orang penduduk Bung Bratak yang menjadi korban di dalam peristiwa hitam ini dan ramai wanita dan kanak-kanak diculik untuk dijadikan hamba abdi. Setelah mereka puas bermaharajalela di Bung Bratak, Bagat dan pengikut-pengikutnya pun belayar pulang dengan 14 bot yang sarat dengan padi dan hamba tebusan pulang ke Skrang. Sesampai Bagat dan pengikut-pengikutnya di Skrang, Ketua Lanang iaitu ketua kepada masyarakat iban di Skrang amat kecewa dengan tindakan Bagat kerana ianya adalah satu tindakan yang diluar daripada persetujuan beliau dan mengarahkan Bagat untuk melepaskan kesemua wanita-wanita dan kanak-kanak yang diculik. Ketua Lanang juga dengan penuh tanggungjawab mengarahkan agar penduduk kampung di Skrang untuk mengambil mereka ini sebagai anak angkat dan hidup di dalam masyarakat Iban Skrang. Sebenarnya tindakan Bagat dan pengikut-pengikutnya adalah semata-mata untuk mendapat jalan mudah bagi mengatasi kekurangan bekalan beras di kampung mereka dan ikhtiarnya dengan merompak di Bung Bratak adalah sesuatu yang sukar untuk diterima oleh Ketua Lanang. 


Diceritakan sewaktu Bung Bratak diserang, Panglima Kulow iaitu salah seorang panglima terkenal di Bung Bratak kerana kepahlawanannya tiada di kampung tetapi beliau dan beberapa penduduk yang lain sedang bekerja di sawah tidak jauh. Kepulan asap daripada kampung mereka telah menyedarkan mereka bahawa kampung mereka Bung Bratak telah diserang. Maka kembalilah mereka ke kampung tetapi agak terlambat kerana Bagat dan pengikut-pengikutnya telahpun meninggalkan Bung Bratak dengan meninggalkan kemusnahan yang menyedihkan untuk kesemua penduduk Bung Bratak. Malah Panglima Kulow sendiri menemui isterinya yang mati dibunuh di jeti sungai tidak jauh daripada penempatan mereka. Panglima Kulow telah mengarahkan semua penduduk yang terselamat untuk mengadakan satu mesyuarat kampung. Kata sepakat daripada penduduk kampung diambil iaitu Panglima Kulow dan beberapa orang yang terpilih pergi memohon bantuan daripada luar untuk bersama-sama mencari keluarga mereka yang diculik. 


Maka bermulalah pengembaraan beliau ke Pontianak di barat Kalimantan, Sambas dan Brunei tetapi sayangnya tiada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan. Setelah hampir berputus asa untuk mendapatkan bantuan akhirnya perkhabaran gembira diterima daripada Rajah James Brooke. Rajah James Brooke bersetuju untuk membantu Panglima Kulow menyelamatkan keluarga mereka yang diculik dan berhadapan dengan Bagat dan iban Skrang. Maka pada tahun 1841, berangkatlah Panglima Kulow dengan angkatan perang di bawah Rajah James Brooke menuju ke Skrang. Setelah beberapa ketika sampailah mereka di perkampungan iban Skrang dibawah ketuanya Lanang. Tetapi sesuatu yang amat mengejutkan Panglima Kulow dan angkatannya, Ketua Lanang telah menyambut kedatangan mereka dengan sambutan yang hangat sekali. Di dalam sambutan inilah juga Ketua Lanang telah memohon ampun kepada Panglima Kulow dan rombongan atas kekhilafan Bagat dan pengikut-pengikutnya dan mereka bersetujua untuk menyerahkan kembali kesemua mangsa penculikan kembali ke Bung Bratak. Namun bukan semua mangsa penculikan ini mahu kembali ke Bung Bratak kerana setelah beberapa tahun tinggal di Skrang, mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Jadi pulanglah Panglima Kulow dengan angkatannya kembali ke Bung Bratak. Setiba mereka di Bung Bratak, sambutan meriah telah diadakan bagi meraikan kepulangan mereka. Bertitik tolak daripada ini, penduduk Bung Bratak menjalinkan persahabatan dengan penduduk iban Sungai Skrang. Persahabatan mereka berkembang setelah ramai penduduk kampung yang berkahwin antara satu sama lain. 


Setelah keamanan dikecapi di Sarawak hasil daripada usaha Rajah James Brooke, ramailah penduduk Bung Bratak yang telah berpindah ke kawasan sekitar bagi membuka sawah padi untuk bertanam dan mencari pekerjaan yang lain. Berdasarkan kajian, kira-kira 40 kampung termasuk tujuh di Daerah Seluas, Kalimantan Barat, Indonesia mempunyai pertalian darah dengan penduduk asal Bung Bratak. Kumpulan terakhir yang meninggalkan perkampungan tersebut ialah dari suku kaum Tembawang yang meninggalkan Bung Bratak pada awal 1970-an dan kini menetap Kampung Tembawang Sauh iaitu salah satu jiran kepada Kampung Stenggang, Bau.


Hari ini peristiwa Bung Bratak dijadikan salah satu warisan masyarakat Jagoi dan sebagai sejarah, di sini telah didirikan batu peringatan bagi memperingati peristiwa hitam tersebut. Bung Bratak diisytiharkan kawasan bersejarah pada tahun 1988 oleh Dayak Bidayuh National Association (DBNA) Sejak itu, pada setiap tahun pada 1 Mei, masyarakat Bidayuh Jagoi dari sekitar Kuching, Bau dan Lundu akan berkumpul di Bung Bratak untuk memperingati peristiwa hitam yang menimpa nenek moyang mereka di sini. Pada masa kini, sambutan Hari Bung Bratak bukan sekadar perayaan memperingati nenek moyang masyarakat Jagoi, malah telah dijadikan salah satu tarikan warisan dan destinasi pelancongan serta kawasan rekreasi di negeri ini khususnya Daerah Bau. Setiap kali tiba tarikh sambutan tersebut, pelbagai acara kebudayaan dan aktiviti-aktiviti menarik diadakan di kawasan pergunungan ini.

Inilah sekelumit sejarah Bung Bratak dan perjalanan Panglima Kulow ke Skrang yang telah bertitik tolak daripada peristiwa hitam 1 Mei 1838. Semoga kawasan bersejarah Bung Bratak ini akan terus dijaga dengan mengekalkan warisan-warisan tradisional masyarakat Bidayuh Sarawak yang akan dipelihara sampai bila-bila."



Sejarah tetap sejarah. Tanpa adanya sejarah, tiadalah masa depan. Ingat asal usul sendiri baru tahu nak menghargai diri sendiri. Terima kasih.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 5 April 2013

Gelagat Interview

Pagi-pagi duduk kat sekolah ni buat assignment bukan nak berlagak rajin lah kan dengan laptop bagai. Tapi temankan kawan pergi interview kerja kat sekolah ni, jawatan cikgu. Sekolah ni sekolah swasta jadi seronok juga duduk perhati perangai orang. Tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah lagi (orang yang menemani orang interview la) so, port yang saya duduk ni memang strategik untuk memerhatikan gelagat orang yang pergi interview. Kat pagar sekolah : ENTRANCE!

Kawan saya boleh dikatakan terawal lah yang datang interview. Interview jam 9.30am, sampai sini around 8.30am..tapi standard la datang awal untuk interview. Apa yang menarik perhatian saya pasal sesi interview ni adalah gelagat orang yang datang interview ni semua. Ada beberapa perbezaan juga lah yang dapat dikenalpasti oleh saya melalui pandangan pertama saya. Antaranya:

1) PAKAIAN
Pakaian tak perlu cakap banyak lah. Macam-macam jenis pakaian ada. Ada yang pakai kurung, kebaya, blazer, skirt mini, etc. Serius, skirt mini pendek tak sampai paras lutut pun ada. Ada yang siap pakai legging. Okeh, ni tak tipu sebab ni sekolah swasta kot. Dari segi warna pula memang pening la. Macam-macam warna ada. Warna warni, warna galak semua ada lah. Tapi bagi saya sebagai pemerhati sebelum ditapis ke HR yang sebenar lah kan, saya rasa dari segi pakaian tu elok lah formal kot. Apa-apa jawatan atau apa-apa sektor pun. Sebab saya sebagai pemerhati pun dah pening, belum lagi yang interview. Dari segi warna pula, at least main 2 ton je cukup kot. Tak payah banyak warna atau bercorak sangat. Nampak serabai, selekeh, etc. Okeh,,saya pun dah dapat ambil pengajaran untuk my interview session next time :)

2) ACCESSORIES
Ni pulak yang dipakai kat badan. Macam saya sekarang lah kot. Ada jugak pakai gelang warna warni kat tangan. Begitu juga dengan calon-calon ni semua. Ada yang pakai rantai tergantung-gantung, tudung corak-corak banyak manik-manik, anting-anting 2-3 tindik di telinga, dan sebagainya. Yang ni saya tak poyah komen kot. Semua pun tau kod etika macamana kan bila interview. Tapi tu terpulang kepada setiap orang la. Maybe dia lebih confident dengan cara begitu. 1 lagi kan. Ni kira cam accessories juga la. Kasut/heels...Lelaki elok pakai kasut hitam berkilat kot. Cam smart giler and saya pun jatuh hati okeh dengan lelaki smart. Perempuan pula at least pakai kasut da tumit biar nampak konfiden and gah sikit berjalan. Tapi jangan tinggi sangat. Seselesa diri sendiri berjalan la kan. Hehe...

3) CARA PERGAULAN
Yang ni kalau kat uni saya ada ajar la bagaimana bergaul sesama calon yang datang interview hari tu bertukar pandangan dan maklumat sebelum sesi bermula. Berkenalan dulu sesama sendiri. Okeh, ni saya nampak la dalam diri mereka ni semua. Tetapi ada juga yang tak.But i like this part. Bina networking before interview. Bukan je meningkatkan level of confident tapi maklumat tu penting. Bertukar-tukar pandangan. Jadi, bertegur sapa lah sesama sendiri masa datang interview. Dulu lecturer saya pernah bagitau, ada sesetangah organisasi akan pasang cctv di tempat candidates tunggu. So, mereka akan dapat lihat macamana communication skills kita, apa-apa skills je la. Jangan berat mulut je lah masa interview ye. Ok, ni pun satu ilmu baru bagi saya.

4) SENYUM MESRA
Part yang ni pun saya suka. Orang yang datang-datang je terus senyum memang menarik perhatian saya lah. Nampak sweet je. Lagi-lagi lelaki. Seriously wahai LELAKI, awak semua limited ok. Datang interview tu senyum, nampak handsome. Sangat-sangat handsome. Lelaki punya percentage untuk dapat kerja tu sangat tinggi walaupun akademic level kurang daripada wanita-wanita ni semua. Hihi

Enough for now. Kawan pun dah siap interview. Moga tips and hasil pemerhatian saya menjadi teladan dan panduan untuk semua dan diri saya sendiri juga. GOOD LUCK AND ALL THE BEST!!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 3 April 2013

Prinsip dan Amalan Kewartawanan

Wartawan?
Berita?
Eh, kau Bacelor Pengajian Pengguna. Bukan budak wartawan kan?

Ni lagi persoalan yang bermain bila pengajian pengguna ambil subjek kewartawanan. Subjek wajib pula tu. Jawapannya, mudah dan ringkas. Pengguna ada hak. Antaranya HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT. Berita dan akhbar adalah salah satu medium paling cepat untuk pengguna mendapatkan maklumat pasal isu semasa dan sebagainya. Pembaca kepada berita dan akhbar adalah juga digelar PENGGUNA. Jadi, sebab itulah kami perlu belajar pasal kewartawanan. :)

Apa yang saya nak ceritakan di sini bukan nak tulis balik nota-nota yang saya dapat dari awal kuliah sampai sekarang atau apa. Tetapi saya terimbas balik apa yang dipelajari dalam kelas tadi dengan berita-berita yang saya baca kebelakangan ini. Memang tidak dinafikan kini media elektronik lagi cepat dari media cetak. Contohnya, FACEBOOK. Berita-berita ni memang laju je kalau dalam FACEBOOK. Kalah akhbar online pun. Tapi, akhbar walaupun agak macam dimamah usia dan hampir ditelan arus globalisasi, akhbar masih mendapat tempat di hati setiap pembaca.  Tahu tak kenapa? SEBAB, akhbar ni sahih sumbernya. Boleh dipercayai. Kalau status facebook, tu lebih kurang sama macam khabar angin. Kita tidak tahu puncanya dan boleh dipercayai ataupun tidak.

Tapi, yang menariknya dalam pembelajaran hari ini, saya baru sedar bahawa nilai berita sangat-sangat perlu dititiberatkan. Dan memang memberi kesedaran terhadap saya tentang perilaku dan minat saya terhadap akhbar. Kita akan lebih berminat terhadap sesuatu berita jika ianya berlaku dekat dengan kita. Semakin dekat jarak semakin kita nak ambil peduli. Contohnya berita malam tadi. Mengenai kes pembunuhan di Flat Serdang. Lokasi tu belakang UPM je okay. Menggelabah juga bila tahu. Sebab dekat dengan kita dan sekaligus kita merasa keselamatan kita terancam seterusnya kita harus ambil tahu. 


Berita kontroversi juga selalunya akan mendapatkan perhatian pengguna. Selalunya berita kontroversi ini akan mencetuskan kegawatan dan menjejaskan kehiudpan sosial, ekonomi dan politik kita. Contohnya pasal isu Lahad Datu baru-baru ini. Walaupun lokasinya adalah di Sabah, tetapi ia akan menjejaskan komuniti Malaysia secara keseluruhannya bila keselamatan negara terancam. Jadi, berita seperti ini juga mempengaruhi nilai berita dalam diri pengguna.

Selain daripada itu, pengaruh peribadi seseorang juga akan menarik minat kita membaca akhbar kan? Contohnya mengenai artis ataupun selebriti kegemaran kita. Laju je kita akan belek akhbar tersebut kan? Hee~

Okay, so stop menulis pasal berita atau akhbar. Ini bukan nota atau apa ya walaupun ayat nampak skema. Tetapi nak ceritakan inilah yang selalu digunakan oleh akhbar untuk menarik minat kita membacanya. Akhbar akan selalu menyediakan kita berita paling cepat, memberi manfaat kepada kita dan mudah difahami oleh kita. Sedih bila tengok akhbar dah kurang mendapat tempat di hati pengguna dan lebih mempercayai berita laman sosial yang banyak merapu dan mencarot. Sekian.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen