Online Diary bila cik butang berbicara...: 2014

Bila Cik Butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Thursday 22 May 2014

Perayaan Hari Gawai Dayak

“Eh, Lydia. Kau balik kampung eh? Hari Gawai? Camne tuh? Gawai tu apa?”
“Lama jugak kau cuti sampai seminggu lebih.”
“Kitorang tak cuti pun weh.”
Haha..terhibur hati aku dengan pertanyaan bertubi-tubi dari rakan-rakan aku kat sini. Baik, di sini aku cerita k. Nanti korang baca je.

Ya!
Aku Bidayuh,
Dan aku adalah Dayak,
Juga menyambut Hari Gawai Dayak.
Kalau kat Sabah, Sarawak, masa perayaan Gawai Dayak, cuti lama. Seminggu jugak la. Lebih kurang sama dengan Hari Raya Aidilfitri. Tapi kat Semenanjung tak sure pula. Sebab tak pernah bercuti Gawai kat sini dan ni tahun pertama Gawai masa status dah jadi pekerja. ^_^

Ok, kembali kepada cerita Gawai. Hari Gawai di Sarawak tiba pada 1 Jun setiap tahun. Biasanya kalau kat kampung aku 30 dan 31 Mei dah mula bergawai. Ikut lah. Lain tempat lain cara sambutan. Mungkin tengok padi juga. Cepat dituai, cepat lah disambut. Hihi Gawai ni bermaksud ‘upacara’ atau ‘perayaan’, manakala Dayak adalah nama kolektif kumpulan-kumpulan etnik asli Sarawak yang mana etnik Iban dikenali sebagai Dayak Laut (kerana asalnya etnik Iban tinggal di pesisir laut) dan etnik Bidayuh, yang juga dikenali sebagai Dayak Darat/Tanah. Oleh itu, nama barat Gawai Dayak ini adalah Dayak Festival :)

Sambutan hari Gawai ni berlangsung selama sebulan. Biasanya Gawai berakhir bila upacara penutupan Gawai dilakukan. Jadi, sepanjang tempoh sebulan hari Gawai tu, macam-macam lah acara atau aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan Kumang dan Keling Gawai. Masa sebulan ni jugak la digunakan untuk melawat rakan-rakan dan saudara mara (konsep lebih kurang hari raya) di mana lawatan ini dikenali sebagai ‘ngabang’ dalam bahasa Iban, namun telah dikomersialkan dan digunakan oleh etnik Bidayuh juga.

Cara penyediaan/persiapan Hari Gawai
Persiapan Hari Gawai ni biasanya bermula awal. Sebulan sebelum 1 Jun, etnik-etnik berkaitan akan membuat Tuak (arak beras) – diperap selama sebulan atau lebih untuk hasil yang lebih sedap (seperti gambar di bawah), dan juga penyediaan makanan tradisional.



Macam air tebu pun ada kan? Sebab tuak ada 2 jenis iaitu tuak tebu dan tuak ragi. Yang putih adalah tuak ragi. Ni minuman beralkohol dan memabukkan

Kalau dulu masa duduk di rumah panjang, tikar baru akan dibentangkan di anjung rumah, dinding rumah dihiasi dengan Pua Kumbu (selimut tradisional-seperti gambar di bawah). 




Satu lawatan membersihkan tanah perkuburan juga dijalankan. Penting untuk mandi dan memcuci badan menggunakan air bunga sebelujm masuk ke rumah bagi menghindari nasib malang dan mengelakkan diri daripada diikuti oleh roh orang mati.

Pada 30 dan 31 Mei biasanya bagi etnik yang menganut agama Pagan (bukan Kristian) akan mula melakukan upacara Gawai Dayak. Gong akan dipukul dan dimainkan oleh sekumpulan orang mengikut irama muzik tradisional di Balai Gawai. Upacara tradisi disertai dengan acara tari menari memanggil semangat roh akan dilakukan dengan iringan muzik berkenaan. Biasanya yang terlibat akan bermalam di Balai Gawai ini selama beberapa hari untuk menyempurnakan beberapa upacara berkaitan agama Pagan. Balai Gawai akan menjadi tarikan pelawat, tetamu malahan pelancong juga yang berminat untuk mengetahui mengenai pelaksanaan Hari Gawai.


Etnik Bidayuh: Bermain gong bagi menghasilkan muzik tradisional bagi upacara tradisi Hari Gawai.


Etnik Bidayuh: Upacara tradisi tari menari memanggil semangat roh.

Aktiviti lainnya macam biasa lah. Ngabang dari rumah ke rumah, dihidangkan tuak, makan dan minum, dan sebagainya. Dayak Kristian biasanya akan ke Gereja bagi mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan untuk hasil tuaian yang baik.

Imbasan sejarah sikit
Sehingga 1962, kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Gawai Dayak. Gawai Dayak secara rasminya diwartakan pada 25 September tahun 1964 sebagai cuti umum di tempat Hari Sarawak. Ia pertama kali disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan aspirasi, dan harapan masyarakat Dayak. Hari ini, ia merupakan sebahagian daripada kehidupan sosial Dayak. Ia merupakan hari kesyukuran menandakan hasil tuaian yang baik dan masa untuk merancang bagi musim penanaman aktiviti atau baru datang.

Fuhh..habis juga bercerita. Hee~
Esok balik Sarawak dah...cuti panjang. Hoorreeyyy!
Menu hari Gawai? Nanti lah ye aku buat entri baru :)
Bye..jemput datang ke teratak mak ayah di Sarawak, bergawai bersama aku.


Sekian. Selamat Hari Gawai, gayu guru gerai nyamai!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 21 May 2014

Pengguna ada hak ke tiada hak?


Pengguna? Tiada hak? Eh, ape ni? Pengguna ada hak. Tuntut ganti rugi!

Haa...tu je hak yang korang tau kan? Hak untuk menuntut ganti rugi. Jadi la. Daripada tak tahu langsung. Hehe tapi..tahukah anda, hak pengguna ada 8. Ye, LAPAN. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mengenai pengguna di seluruh Malaysia, dalam lapan hak tersebut, pengguna Malaysia hanya terdedah dan praktikkan 1 hak je, iaitu seperti yang aku bagitau tadi. Sedih kan. Takpe...mari aku brief sikit 8 hak tersebut:


Hak untuk mendapat KEPERLUAN ASAS
Hak untuk mendapat KESELAMATAN
Hak untuk mendapat MAKLUMAT
Hak untuk membuat PILIHAN
Hak untuk mendapat GANTI RUGI
Hak untuk menyuarakan PENDAPAT
Hak untuk mendapat PENDIDIKAN PENGGUNA
Hak untuk mendapat ALAM SEKITAR YANG SIHAT

*nak tahu lebih lanjut pasal hak kita sebagai, tengok kat blog 8hakanda ni.

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal hak. Aku nak cerita betul ke pengguna ada hak pada masa sekarang. Maksud aku, dalam pasaran yang semakin kompleks kini. Aku ada attend satu seminar yang dianjurkan oleh Consumer Forum Malaysia pada minggu lepas. Ada speaker tu cakap, "cuba lihat pasaran kini. Sepatutnya pengguna yang create demand, dan peniaga akan supply. Tapi masa kini, peniaga yang create demand, dia juga yang create supply." Betul kan apa speaker ni cakap? Contoh, smartphone. Pada asalnya kita tak perlu pun smartphone ni. Sebab kita hanya perlu dan tahu call in, call out, SMS dan MMS. Dan itu je basic function yang kita mahu pun. Tapi sebab pengeluar mengeluarkan iklan mengenai Line, Whatsapp, WeChat, internet surfing via mobile dan sebagainya membuatkan kita rasa kita perlu benda tu. Jadi, kita dapat lihat di sini, peniaga yang create demand, dan dia juga yang create supply. Kita sebagai pengguna hanya mengikut telunjuk peniaga. Pengguna dah hilang kuasa dalam pasaran secara tidak langsung.

Aku teringat situasi semalam pula. Pergi Pet Shop kat Uptown. Aku nampak banyak pets. Dan nampak satu kucing ni. Baka Parsi tapi comot, kotor. Aku pun dengan tak menyabarnya dan tak toleh kiri kanan, aku belai kucing tu. Tiba-tiba pekerja Pet Shop tu tegur. 

"Pekerja: Kak, jangan pegang haiwan (kucing) dalam cage. Tak nampak ke notis besar-besar tu. 

Aku: Terus meliar cari notis yang dimaksudkan. Antara notisnya:

JANGAN SENTUH HAIWAN DALAM SANGKAR (kat pet yg dijual)
JANGAN SENTUH!! PANDANG SAHAJA! (kat cage n makanan pet yang dijual)
PANDANG PAKAI MATA! BUKAN PAKAI TANGAN! (kat setiap item yg dijual kat kedai)"

Aku pun terus keluar dari kedai tersebut dan membebel. Kalau tak bagi sentuh, kenapa nak berniaga? Ye tak? Kenapa peniaga ni cipta notis amaran sedemikian rupa? Adakah pengguna dah takda hak untuk menyentuh barang tersebut dan perhati sama ada ia berada dalam kualiti yang baik atau pun tidak? Bagi aku, hak tetap hak. Peniaga ini sebenarnya tidak layak pun letak arahan macam tu. Kalau bawa ke mahkamah pun kes pengguna sentuh barang, padahal dah ada notis, peniaga tetap kalah sebenarnya. Tapi pengguna biasa yang tiada ilmu mungkin akan jadi takut dan terus tak sentuh barang tersebut.

Sama juga situasinya dengan kedai yang meletakkan notis "barangan yang telah dibeli tidak boleh ditukar." Sebenarnya kalau mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, kita boleh menukar barangan tersebut dalam tempoh masa tertentu. Kurang daripada seminggu kalau tidak silap. Kena check balik. Tapi mengikut term and condition la. Ye lah..kalau barangan tersebut rosak sebab kita sendiri, memang la buat camne pun tak dapat tukar balik.

Dapat tengok kan perbezaan antara kita tak tahu hak kita dengan tahu hak kita. Kita dapat melindungi diri sendiri dalam pasaran jika tahu begitulah perlindungan untuk kita sebagai pengguna. Kalau kita tak tahu, kita hanya menurut dengan membabi buta je apa yang peniaga atau pengeluar createkan untuk kita. Gunakan Hak Untuk Mendapatkan Maklumat untuk tahu, dan Hak Untuk Membuat Pilihan untuk pilih yang terbaik untuk diri kita.

Sekian.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 16 May 2014

Belajar untuk lulus? Atau..belajar untuk belajar?

Apa aku buat? Sampai ke hari ni thesis aku takat tu je la. Tak gerak-gerak. Evaluation is due by 23rd May. Rasa nak tercekik, muntah hijau pun ada. Supposely hantar hari ni tapi aku buat-buat tak tahu dengan supervisor. Aku menangis. Rasa fed up dan nak balik tidur pun ada. Kadang-kadang tak tahu apa yang kita nak dalam hidup. Itulah aku. Tapi bila fikir balik, sebab kita tak tahu apa kita nak lah yang membuatkan hidup jadi serabut serabai camni. Aku terduduk, termenung dan berfikir. Tiba-tiba aku teringat satu seminar yang aku attend minggu lepas. Speaker tu kata, "Kalau belajar nak lulus dan bergraduat je, kita akan rasa stress, tension, nak marah, fed up dan sebagainya." 

Aku banding dengan diri aku. Aku tanya kat diri sendiri. Aku nak belajar untuk lulus atau belajar untuk belajar? Belajar itu sepatutnya menjadi sesuatu yang menarik. Kita memperoleh maklumat baru, kita memahami sesuatu kejadian, kita meneroka ilmu. Bayar hampir RM2k untuk sambung master dan aku jadi fed up dengan ilmu? Aku berhenti kerja sebab aku nak nangis buat thesis

Baru aku sedar betapa pentingnya matlamat dalam segala yang kita buat. Matlamat tu lah penentu perjalanan kita. Seronok tak seronok. Menarik tak menarik. Dalam belajar umpamanya. Sekiranya kita hanya nak lulus dan bergraduat serta mencukupi syarat, proses pembelajaran akan jadi beban pada kita. Kita akan merasa kerap stress, tension, marah-marah, dan mudah nak berputus asa. Sebab niat nak lulus. Bukan nak mempelajari sesuatu ilmu.

Lain pula kalau kita minat nak belajar. Kita belajar sebab nak belajar sesuatu, kita nak ilmu tersebut. Kita akan merasa seronok dan enjoy. Selain daripada itu, usaha kita untuk mendapatkannya juga amat berlainan. Kepuasan yang kita dapat darinya juga luar biasa. 

Aku jadi stress hari ini sebab niat aku, matlamat aku nak siapkan kerja ikut milestone aku. Aku nangis sebab aku nak proposal ini kena approved. Itu aku. Matlamat aku. Sepatutnya bukan...bukan itu matlamat aku. Aku nak belajar. Aku nak ilmu. Aku nak educate pengguna kita. Aku nak kaji mereka. Aku nak bantu mereka. Itu yang sebenarnya aku nak. (Ambil balik kertas, dan menaip semula.)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 29 January 2014

Kempen Penurunan Harga Barang

Hi! Sihat tak pengguna-pengguna bijak semua? :) Hope everyone was fine.
Baru balik kerja dan terasa penat yang amat. Tapi enjoy :)

Tadi pergi satu majlis perasmian Kempen Penurunan Harga Barang di Pasaraya Econsave Balakong dan AEON Cheras Selatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak. Bagi aku secara peribadinya, kempen ini sangat-sangat baik dan membantu dalam mengurangkan beban kos hidup kita sebagai pengguna. Aku turut serta dalam walkabout yang dilakukan oleh PM serta menteri KPDNKK sendiri iaitu Dato' Seri Hasan Malek. Dan aku sangat terkejut bila dapat tahu yang harga barang yang diturunkan ini adalah sangat banyak walaupun hakikatnya diberitahu penurunan sebanyak 30% dilakukan. Tapi rasanya lebih kot. Sebab aku tengok tadi ikan dijual sampai RM4 je sekilo. Hah, seriously murah!

Tujuan kempen ini diadakan sudah tentu sekali merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup. Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan dalam kempen ini adalah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, keperluan bayi dan kanak-kanak serta produk bukan makanan.





Dan tadi tercuri-curi dengar juga perbualan orang-orang kat situ. Mereka kata ada 10 pasaraya yang turut serta dalam kempen ini. Sangat kagum dengan komitmen pasaraya-pasaraya ini dalam membantu menjayakan kempen ni. Nak tau tak apa 10 pasaraya tu? Ha, meh nak bisik...Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart, dan Tesco. Dalam 10 ni aku paling salute dengan Tesco. Kalau mereka tak ikut serta kempen ni pun, harga barang mereka memang dah murah-murah. Kalau kurangkan lagi, memang super murah! See! Kita ada 10 pilihan pasaraya termurah untuk kita beli barangan keperluan harian kita. Terima kasih! At least aku dah tahu mana nak pergi lepas ni.


Dari sudut kaca mata aku
Aku ada juga terpandang-pandang dan terdengar-dengar ada orang kata habislah peniaga kecil. Mereka susah nak cari makan sebab ramai tak pilih kedai mereka. Bagi aku mudah je. Kalau 10 pasaraya ni boleh buat, kenapa tidak mereka? Ok, fine. Mungkin ada yang kata tak boleh nak banding tu pasaraya besar. Tapi kita bermula daripada kecil. Mendapatkan kepercayaan pelanggan dahulu. Tak payah ambil untung berlipat ganda sangat. Cukup lah dapat lepas kos dan untung sikit-sikit. Sebenarnya pasaraya besar lagi tinggi kos maintenance, etc. Tapi macam Tesco, mereka menggunakan lampu jimat tenaga agar kos operasi kurang sedikit. Itu salah satu contoh. Ada banyak alternatif untuk kurangkan kos selain daripada mengambil untung berlipat-lipat ganda bagi cover kos barang.

Aku bukan nak sokong kerajaan atau bukan kerajaan. Bagi aku, setiap kesusahan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Terpulang pada kita untuk memilih alternatif terbaik. Pengguna ada banyak pilihan. Begitu juga peniaga. Jika kita lihat sesuatu sebagai satu kesusahan, selamanya kita akan rasa susah. Usaha penting untuk kita keluar dari kesusahan itu. Dan jika sesuatu benda kita dapat lihat sebagai satu benda positif, sokong lah. Jangan negatif kan benda positif. :) Pilih-pilih kedai yang lagi murah! Selamat bershopping. Moga maklumat ini bermanfaat untuk semua pengguna.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen