“Eh, Lydia. Kau
balik kampung eh? Hari Gawai? Camne tuh? Gawai tu apa?”
“Lama jugak kau
cuti sampai seminggu lebih.”
“Kitorang tak cuti
pun weh.”
Haha..terhibur hati
aku dengan pertanyaan bertubi-tubi dari rakan-rakan aku kat sini. Baik, di sini
aku cerita k. Nanti korang baca je.
Ya!
Aku Bidayuh,
Dan aku adalah
Dayak,
Juga menyambut Hari
Gawai Dayak.
Kalau kat Sabah,
Sarawak, masa perayaan Gawai Dayak, cuti lama. Seminggu jugak la. Lebih kurang
sama dengan Hari Raya Aidilfitri. Tapi kat Semenanjung tak sure pula. Sebab tak
pernah bercuti Gawai kat sini dan ni tahun pertama Gawai masa status dah jadi
pekerja. ^_^
Ok, kembali kepada
cerita Gawai. Hari Gawai di Sarawak tiba pada 1 Jun setiap tahun. Biasanya
kalau kat kampung aku 30 dan 31 Mei dah mula bergawai. Ikut lah. Lain tempat
lain cara sambutan. Mungkin tengok padi juga. Cepat dituai, cepat lah disambut.
Hihi Gawai ni bermaksud ‘upacara’ atau ‘perayaan’, manakala Dayak adalah nama
kolektif kumpulan-kumpulan etnik asli Sarawak yang mana etnik Iban dikenali
sebagai Dayak Laut (kerana asalnya etnik Iban tinggal di pesisir laut) dan
etnik Bidayuh, yang juga dikenali sebagai Dayak Darat/Tanah. Oleh itu, nama
barat Gawai Dayak ini adalah Dayak Festival :)
Sambutan hari Gawai
ni berlangsung selama sebulan. Biasanya Gawai berakhir bila upacara penutupan
Gawai dilakukan. Jadi, sepanjang tempoh sebulan hari Gawai tu, macam-macam lah
acara atau aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan Kumang dan Keling
Gawai. Masa sebulan ni jugak la digunakan untuk melawat rakan-rakan dan saudara
mara (konsep lebih kurang hari raya) di mana lawatan ini dikenali sebagai ‘ngabang’
dalam bahasa Iban, namun telah dikomersialkan dan digunakan oleh etnik Bidayuh
juga.
Cara
penyediaan/persiapan Hari Gawai
Persiapan Hari Gawai
ni biasanya bermula awal. Sebulan sebelum 1 Jun, etnik-etnik berkaitan akan
membuat Tuak (arak beras) – diperap selama sebulan atau lebih untuk hasil yang
lebih sedap (seperti gambar di bawah), dan juga penyediaan makanan tradisional.
Macam air tebu pun ada kan? Sebab tuak ada 2 jenis iaitu tuak tebu dan tuak ragi. Yang putih adalah tuak ragi. Ni minuman beralkohol dan memabukkan.
Kalau dulu masa
duduk di rumah panjang, tikar baru akan dibentangkan di anjung rumah, dinding
rumah dihiasi dengan Pua Kumbu (selimut tradisional-seperti gambar di bawah).
Satu lawatan membersihkan tanah perkuburan juga dijalankan. Penting untuk mandi
dan memcuci badan menggunakan air bunga sebelujm masuk ke rumah bagi
menghindari nasib malang dan mengelakkan diri daripada diikuti oleh roh orang
mati.
Pada 30 dan 31 Mei
biasanya bagi etnik yang menganut agama Pagan (bukan Kristian) akan mula melakukan
upacara Gawai Dayak. Gong akan dipukul dan dimainkan oleh sekumpulan orang
mengikut irama muzik tradisional di Balai Gawai. Upacara tradisi disertai
dengan acara tari menari memanggil semangat roh akan dilakukan dengan iringan
muzik berkenaan. Biasanya yang terlibat akan bermalam di Balai Gawai ini selama
beberapa hari untuk menyempurnakan beberapa upacara berkaitan agama Pagan.
Balai Gawai akan menjadi tarikan pelawat, tetamu malahan pelancong juga yang
berminat untuk mengetahui mengenai pelaksanaan Hari Gawai.
Etnik Bidayuh: Bermain gong bagi menghasilkan muzik tradisional bagi upacara tradisi Hari Gawai.
Etnik Bidayuh: Upacara tradisi tari menari memanggil semangat roh.
Aktiviti lainnya
macam biasa lah. Ngabang dari rumah ke rumah, dihidangkan tuak, makan dan
minum, dan sebagainya. Dayak Kristian biasanya akan ke Gereja bagi mengucapkan
kesyukuran kepada Tuhan untuk hasil tuaian yang baik.
Imbasan sejarah
sikit
Sehingga 1962, kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Gawai
Dayak. Gawai Dayak secara rasminya diwartakan pada 25 September tahun 1964
sebagai cuti umum di tempat Hari Sarawak. Ia pertama kali disambut pada 1 Jun
1965 dan menjadi simbol perpaduan aspirasi, dan harapan masyarakat Dayak. Hari
ini, ia merupakan sebahagian daripada kehidupan sosial Dayak. Ia merupakan hari
kesyukuran menandakan hasil tuaian yang baik dan masa untuk merancang bagi
musim penanaman aktiviti atau baru datang.
Fuhh..habis juga bercerita. Hee~
Esok balik Sarawak dah...cuti panjang. Hoorreeyyy!
Menu hari Gawai? Nanti lah ye aku buat entri baru :)
Bye..jemput datang ke teratak mak ayah di Sarawak, bergawai
bersama aku.
Sekian. Selamat Hari Gawai, gayu guru gerai nyamai!
0 k0mEN RAkaN ciK bUtANg:
Post a Comment