Online Diary bila cik butang berbicara...: January 2014

Bila Cik Butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Wednesday 29 January 2014

Kempen Penurunan Harga Barang

Hi! Sihat tak pengguna-pengguna bijak semua? :) Hope everyone was fine.
Baru balik kerja dan terasa penat yang amat. Tapi enjoy :)

Tadi pergi satu majlis perasmian Kempen Penurunan Harga Barang di Pasaraya Econsave Balakong dan AEON Cheras Selatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak. Bagi aku secara peribadinya, kempen ini sangat-sangat baik dan membantu dalam mengurangkan beban kos hidup kita sebagai pengguna. Aku turut serta dalam walkabout yang dilakukan oleh PM serta menteri KPDNKK sendiri iaitu Dato' Seri Hasan Malek. Dan aku sangat terkejut bila dapat tahu yang harga barang yang diturunkan ini adalah sangat banyak walaupun hakikatnya diberitahu penurunan sebanyak 30% dilakukan. Tapi rasanya lebih kot. Sebab aku tengok tadi ikan dijual sampai RM4 je sekilo. Hah, seriously murah!

Tujuan kempen ini diadakan sudah tentu sekali merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup. Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan dalam kempen ini adalah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, keperluan bayi dan kanak-kanak serta produk bukan makanan.





Dan tadi tercuri-curi dengar juga perbualan orang-orang kat situ. Mereka kata ada 10 pasaraya yang turut serta dalam kempen ini. Sangat kagum dengan komitmen pasaraya-pasaraya ini dalam membantu menjayakan kempen ni. Nak tau tak apa 10 pasaraya tu? Ha, meh nak bisik...Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart, dan Tesco. Dalam 10 ni aku paling salute dengan Tesco. Kalau mereka tak ikut serta kempen ni pun, harga barang mereka memang dah murah-murah. Kalau kurangkan lagi, memang super murah! See! Kita ada 10 pilihan pasaraya termurah untuk kita beli barangan keperluan harian kita. Terima kasih! At least aku dah tahu mana nak pergi lepas ni.


Dari sudut kaca mata aku
Aku ada juga terpandang-pandang dan terdengar-dengar ada orang kata habislah peniaga kecil. Mereka susah nak cari makan sebab ramai tak pilih kedai mereka. Bagi aku mudah je. Kalau 10 pasaraya ni boleh buat, kenapa tidak mereka? Ok, fine. Mungkin ada yang kata tak boleh nak banding tu pasaraya besar. Tapi kita bermula daripada kecil. Mendapatkan kepercayaan pelanggan dahulu. Tak payah ambil untung berlipat ganda sangat. Cukup lah dapat lepas kos dan untung sikit-sikit. Sebenarnya pasaraya besar lagi tinggi kos maintenance, etc. Tapi macam Tesco, mereka menggunakan lampu jimat tenaga agar kos operasi kurang sedikit. Itu salah satu contoh. Ada banyak alternatif untuk kurangkan kos selain daripada mengambil untung berlipat-lipat ganda bagi cover kos barang.

Aku bukan nak sokong kerajaan atau bukan kerajaan. Bagi aku, setiap kesusahan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Terpulang pada kita untuk memilih alternatif terbaik. Pengguna ada banyak pilihan. Begitu juga peniaga. Jika kita lihat sesuatu sebagai satu kesusahan, selamanya kita akan rasa susah. Usaha penting untuk kita keluar dari kesusahan itu. Dan jika sesuatu benda kita dapat lihat sebagai satu benda positif, sokong lah. Jangan negatif kan benda positif. :) Pilih-pilih kedai yang lagi murah! Selamat bershopping. Moga maklumat ini bermanfaat untuk semua pengguna.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen