Online Diary bila cik butang berbicara...: April 2012

Bila Cik Butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Friday 27 April 2012

paRt tiMe ENumeRAtoR

ENUMERATOR??ape tu?haa...nak tau tak apa tu enumerator? enumerator ni adalah orang-orang yang akan buat ni "Interview persons in person for the purpose of completing forms, applications, or questionnaires. Ask specific questions, record answers, and assist persons with completing form." Selalunya, enumerator ni berkaitan dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji2 sama ada pensyarah atau apa2 je la...Mereka (enumerator) ni yang akan bantu sampel2 kajian (responden) untuk menjawab soalan2 yang dikehendaki dan berguna untuk research mereka..

Kalau nak tau,,kerja jadi enumerator ni sangat mencabar..sebab kita bersemuka, bertemu dengan responden yang kita tidak kenali langsung..kadang-kadang responden menganggap enumerator ni sebagai orang yang menjual barang..belum tanya soalan lagi dah kata "TAK NAK"...sangat-sangat mencabar..tapi demi sesuap nasi,,ini lah kerja yang saya buat..nak cari rezeki lebih katanya..nak harapkan duit biasiswa memang tidak cukup lah untuk tampung kehidupan di rantau orang ni..beli tiket flight ulang alik dari sarawak ke kuala lumpur n kuala lumpur ke sarawak pun dah habis duit biasiswa. so, saya pun buat lah part time dengan melakukan kerja enumerator ni..

Bermulanya perjuangan saya sebagai enumerator adalah pada Februari 2012..selama seminggu kat Johor memang mencabar...dari Batu Pahat ke Pasir Gudang ke Pontian ke Gelang Patah..macam2 tempat kat Johor dah kami redah. Di bawah Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, UPM dan membawa kajian tentang identiti masyarakat orang asli memang sangat2 mencabar. Bayangkan nak berurusan dengan orang asli dalam kalangan belia berumur 13-25 tahun pula tu. Ingat senang ke nak dapat kerjasama mereka..Apatah lagi apabila mereka kaitkan kajian kami dengan politik..tapi syukur,,kami mampu mengatasi juga cabaran ni..persediaan dari segi mental dan fizikal memang sangat2 diperlukan apabila menjadi enumerator. Kat perkampungan orang asli ni apa yang manjadi cabaran kepada kami adalah ramai dalam kalangan mereka tidak tahu membaca dan kita perlu menerangkan sebutir-sebutir soalan kepada mereka. Memang agak lambat,,tapi seronok ^^. Sambil2 bertanya soalan, berborak dan bertukar2 cerita pula dengan mereka. Macam2 perkara tentang kehidupan mereka yang saya pelajari dan baru ketahui. Sesungguhnya mereka sangat tabah dalam menjalani kehidupan meskipun hakikatnya mereka sangat terpinggir dari masyarakat. Jom tengok gambar-gambar masa kami bekerja bersama orang asli :)

ni kanak2 orang asli yg hyperactive + comel :) kat gelang patah ni..mereka panggil kami cikgu..seronok sangat ^^

ha,,ni terkejut x tengok orang asli ada buat bisnes?barang yang mereka jual murah2...& masih berkualiti..

ni pula kami tahan budak2 yang pulang dari sekolah.kesian,,penat balik sekolah balik rumah kena jawab soalan kajian kami pula.

yang ni pula kat gerai makan kampung sri pantai batu pahat.gigih mereka jawab soalan..^^

paling best yang ni..kat kampung pontian besar...sekali dtg 70 orang responden..tok batin mereka sangat sporting.mudah kerja kami :)

ni lah enumerator-enumerator yang menjayakan projek research ni..berbekalkan kereta exora yang kecik 2..sungguh sempit :( 
belia lelaki kpg sri pantai..comel kan tgk diaorg jwb2 soalan..^^

sempat berbasikal ngan anak2 orang asli ^^

see!!cantik kan rumah orang asli..jgn pandang rendah okayy..

budak2 lepak tepi jalan pun jadi mangsa..hehe macam jawab exam pula ^^

sempat lagi men badminton sambil buat kajian..membina hubungan kerjasama yang intim :)

yang ni pula temuramah dari rumah ke rumah..responden seorang je tapi sekampung berkumpul nak dengar..seronok ^^ paling seronok borak ngan mak2 diaorg..sampai ajar menari 2..hehe



bermain-main dengan kanak2 orang asli :)

Dapat tengok kan keseronokkan kami jadi enumerator? hehe bukan setakat kajian ni je terhenti perjuangan kami sebagai enumerator..seterusnya kami bergerak pula ke research seterusnya iaitu Fahaman Belia Tentang Konsep 1 Malaysia. 1 Malaysia kan?konfem la pusing 1 Malaysia..hehe tapi saya hanya berkesempatan pergi ke 5 negeri je sebab clash dengan jadual kuliah..sob3 :'( 5 negeri tu ialah Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Labuan. Bagi kajian ni lagi lah mencabar. Cari belia asal negeri tersebut dalam lingkungan umur 18-40 tahun..kalau lah korang tiba2 didatangi 2 orang suruh jawab soalan dalam lebih kurang 50 soalan,,korang nak jawab x?tentula payah sikit kan?haa..2la masalah yang kami alami..hehe its ok..yang penting sabar, gigih ^^ tengok gambar2 bawah ni pula...

study dulu before turun padang cari mangsa..kat pahang ni ^^



ni kat sarawak..rumah saudara sendiri pun jadi ^^ dapat peluang balik kampung halaman kan..apa lagi,,sambil menyelam minum air la..haha

ni kat kota kinabalu sabah..kesian budak2 ni tengah lepak..tiba2 study pula dengan kami..

ni kat labuan..sesiapa yang duduk memang akan jadi mangsa..hehe dah macam jurujual pun ada..patut orang lari..hehe


 Susah kan jadi enumerator..tapi pengalaman tu penting..ia mengajar bagaimana kita berinteraksi dengan masyarakat...merendah diri dalam apa keadaan sekali pun..bila turun padang macam ni,,kita adalah setaraf dengan mereka (responden).jangan meninggi diri..dan senyum itu penting...1 perkara yang saya belajar "belia yang bermasalah/liar/ dsbnya, bukan lah kerana mereka sendiri..tetapi keadaan sekeliling yang memaksa..mereka perlukan perhatian daripada orang sekeliling..bukan terus dihukum sebagai orang jahat semata2."..buktinya mereka2 yang bermasalah,,kaki lepak,,dsbnya boleh bergaul dan memberi kerjasama dengan baik dengan kami sepanjang menjawab soalan..malah mereka amat menghormati kami dan menjaga kebajikan kami sebagai orang yang baru datang ke tempat mereka..hurrmmm,,x tau bila lagi boleh jadi enumerator..tunggu projek kajian ni..hehe ^^


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen