Online Diary bila cik butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Bila Cik Butang berbicara...

Wednesday, 29 January 2014

Kempen Penurunan Harga Barang

Hi! Sihat tak pengguna-pengguna bijak semua? :) Hope everyone was fine.
Baru balik kerja dan terasa penat yang amat. Tapi enjoy :)

Tadi pergi satu majlis perasmian Kempen Penurunan Harga Barang di Pasaraya Econsave Balakong dan AEON Cheras Selatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak. Bagi aku secara peribadinya, kempen ini sangat-sangat baik dan membantu dalam mengurangkan beban kos hidup kita sebagai pengguna. Aku turut serta dalam walkabout yang dilakukan oleh PM serta menteri KPDNKK sendiri iaitu Dato' Seri Hasan Malek. Dan aku sangat terkejut bila dapat tahu yang harga barang yang diturunkan ini adalah sangat banyak walaupun hakikatnya diberitahu penurunan sebanyak 30% dilakukan. Tapi rasanya lebih kot. Sebab aku tengok tadi ikan dijual sampai RM4 je sekilo. Hah, seriously murah!

Tujuan kempen ini diadakan sudah tentu sekali merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup. Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan dalam kempen ini adalah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, keperluan bayi dan kanak-kanak serta produk bukan makanan.





Dan tadi tercuri-curi dengar juga perbualan orang-orang kat situ. Mereka kata ada 10 pasaraya yang turut serta dalam kempen ini. Sangat kagum dengan komitmen pasaraya-pasaraya ini dalam membantu menjayakan kempen ni. Nak tau tak apa 10 pasaraya tu? Ha, meh nak bisik...Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart, dan Tesco. Dalam 10 ni aku paling salute dengan Tesco. Kalau mereka tak ikut serta kempen ni pun, harga barang mereka memang dah murah-murah. Kalau kurangkan lagi, memang super murah! See! Kita ada 10 pilihan pasaraya termurah untuk kita beli barangan keperluan harian kita. Terima kasih! At least aku dah tahu mana nak pergi lepas ni.


Dari sudut kaca mata aku
Aku ada juga terpandang-pandang dan terdengar-dengar ada orang kata habislah peniaga kecil. Mereka susah nak cari makan sebab ramai tak pilih kedai mereka. Bagi aku mudah je. Kalau 10 pasaraya ni boleh buat, kenapa tidak mereka? Ok, fine. Mungkin ada yang kata tak boleh nak banding tu pasaraya besar. Tapi kita bermula daripada kecil. Mendapatkan kepercayaan pelanggan dahulu. Tak payah ambil untung berlipat ganda sangat. Cukup lah dapat lepas kos dan untung sikit-sikit. Sebenarnya pasaraya besar lagi tinggi kos maintenance, etc. Tapi macam Tesco, mereka menggunakan lampu jimat tenaga agar kos operasi kurang sedikit. Itu salah satu contoh. Ada banyak alternatif untuk kurangkan kos selain daripada mengambil untung berlipat-lipat ganda bagi cover kos barang.

Aku bukan nak sokong kerajaan atau bukan kerajaan. Bagi aku, setiap kesusahan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Terpulang pada kita untuk memilih alternatif terbaik. Pengguna ada banyak pilihan. Begitu juga peniaga. Jika kita lihat sesuatu sebagai satu kesusahan, selamanya kita akan rasa susah. Usaha penting untuk kita keluar dari kesusahan itu. Dan jika sesuatu benda kita dapat lihat sebagai satu benda positif, sokong lah. Jangan negatif kan benda positif. :) Pilih-pilih kedai yang lagi murah! Selamat bershopping. Moga maklumat ini bermanfaat untuk semua pengguna.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 15 August 2013

Bacelor Pengajian Pengguna_part II

Jari dah lama tak 'menari' di atas papan kekunci (keyboard) lappy. Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak bercerita. Alkisah ni kiranya sambungan daripada entri "Bacelor Pengajian Pengguna" yang lepas. Sekarang dah di bulan Ogos 2013. Bukan sebab seminggu kita dah couple tapi sebab tak sampai 1 bulan lagi generasi-generasi baru masuk IPTA/IPTS. Kiranya, para junior lah maksudnya. So, Bacelor Pengajian Pengguna juga akan menerima penuntut-penuntut baru. Tahniah buat adik-adik. Mesti gusar dan bimbang "dup dap dup dap" jantung kan. Ada juga yang mungkin kata, "Arghh..apa barang Bacelor Pengajian Pengguna? Course budak yang tak berapa nak pandai tu?" Dik, akak dulu pun fikir macam adik. Cehh~bahasakan diri akak terus. Ya, aku masa dapat kos ni pun aku fikir camtu dulu. Tapi bila dah study kos ni aku dah faham pentingnya kos ini bagi kita semua sebenarnya. Yang mana kita tidak akan dapat dalam mana-mana kos.

Bacelor Pengajian Pengguna (BPG) memang pada asasnya berpegang pada pengguna. Pengguna adalah tiang utama berdirinya BPG ini. Kenapa ada BPG? Sebab ada pengguna. Ok, enuf! Ni nak cerita kat adik-adik yang nak ambil kos ni banyak benda kita akan belajar di sini. Apa yang kita belajar all-rounders. Asalkan benda tu berkaitan dengan pengguna. Kita akan belajar pasal gelagat pengguna dalam proses sebelum pembelian, semasa pembelian, dan selepas pembelian. Bagaimana mereka membuat keputusan dalam membeli barang, apa yang mempengaruhi keputusan mereka dan sebagainya. Selain daripada itu, kita juga akan belajar tentang ekonomi. Ya ekonomi! Ekonomi diri sendiri asasnya, ekonomi keluarga, ekonomi perusahaan, ekonomi negara dan ekonomi global. Bagaimana kita menggunakan sumber kita yang terhad, yang tak banyak (wang) untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita. Apa lagi eh? Haaa...isu pengguna. Kita juga akan belajar tentang isu pengguna. Apa yang terjadi dengan pengguna akhir-akhir ini, cara kita berdepan dengan situasi pasaran yang semakin kompleks ni. Kewangan pengguna, kredit, undang-undang perlindungan pengguna, pengurusan sumber, pengurusan konflik, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah dan lain-lain lagi juga dipelajari.

Kenapa tiba-tiba ada pengurusan? Bukan tu di bawah fakulti ekonomi dan pengurusan ke? Apa kaitan dengan pengguna? Banyak kaitannya dik. Pengurusan, pengurus, organisasi, semua ini adalah orang-orang yang berinteraksi dengan pengguna dalam pasaran. Secara asasnya kita tahu mereka jual barang kepada pengguna. Orang-orang yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam pasaran bagi memenuhi permintaan pengguna. Bukan itu sahaja. Pengguna adalah pekerja juga. Jadi, pengurusan juga melihat bagaimana situasi pekerja dengan majikan dan sebagainya. Mudah dik, kalau adik-adik belajar nanti adik-adik tahu lah.

Okay. Ni adalah beberapa subjek yang diterapkan juga yang mungkin nampak tidak masuk dek akal kenapa perlu belajar dan apa kaitannya dengan pengguna. Pengenalan kepada multimedia, biologi, statistik, reka bentuk, kaunseling, psikologi dan lain-lain lagi. Alahai lah kan? Saya pun dulu banyak merenung, berfikir, kenapa lah perlu belajar subjek-subjek ni. Lagi-lagi statistik. Killer subjek bak kata senior. Tapi kan, logiknya pengguna ni manusia. Semua ni berkaitan dengan manusia. Multimedia. Sebab sekarang teknologi makin canggih. Pengguna banyak tertipu sebab tak terkejar ngan teknologi-teknologi ni. Mereka tak tahu macam mana nak cari maklumat pasal sesuatu. Mereka dok percaya je strategi pemasaran ni. Oleh itu, muncul lah subjek multimedia. Reka bentuk? Nak beli pakaian kita kena tengok reka bentuk pakaian yang sesuai. Nak beli rumah kena tengok reka bentuk rumah yang selamat, selesa. Nak beli perhiasan kena tengok yang cantik, lawa, sedap mata memandang. Settle! Kenapa belajar reka bentuk. Next, statistik. Yang utama sekali pentingnya statistik ni sebab untuk buat projek tahun akhir nanti bagi yang menjalankan kajian kuantitatif. Yang ni takpe. Nanti pensyarah bagitau. Tapi statistik ni juga penting dalam hidup pengguna. Bagaiman kita melihat kebarangkalian sesuatu isu timbul dan lain-lain lagi. Manakala psikologi, kaunseling, biologi lebih kepada bagaimana kita mengenali manusia dan cara mereka menjalankan kehidupan seharian.

Dah nampak kan secara kasarnya apa yang akan dilalui semasa mengambil course ini. Nampak senang tapi bergantung lah kepada seseorang. Sebenarnya semua ni berlaku dalam keadaan sekeliling kita, terhadap diri kita sendiri. So, tak susah untuk memahami. Cuma, belajar lah dengan ikhlas bukan hanya untuk mengejar grade. Grade penting tapi bukan yang terpenting. Yang penting pemahaman kita dan apa yang perlu kita perjuangkan untuk diri kita sendiri dan pengguna lainnya. I'm sure you will love it! Good luck and all the best! Yang tengah berkira-kira lagi nak amek course apa, pertimbangkan lah course ini. The only one dan hanya ada di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Sekian.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 18 July 2013

Asal usul sambutan Hari Bung Bratak etnik Bidayuh, Sarawak

Bidayuh ialah satu satu daripada etnik Sarawak. Lokasi penempatan etnik Bidayuh ramai di kawasan daerah Kuching, Serian, Bau, dan Lundu. Ada juga di tempat lain. Tetapi majoriti daripada kawasan ni. Aku? Aku Bidayuh. Sebab tu berminat nak tulis entri pasal Bidayuh. Hee~sebagai peringatan diri sendiri dan pengetahuan sejarah asal usul aku juga. Tadi terbaca post kat facebook. Sumber sahih tak dapat dikesan. Tapi ni lah sejarah tentang nenek moyang aku yang mana aku juga berasal daripada keturunan Bidayuh Jagoi yang terdapat di daerah Bau, Sarawak.

"PERISTIWA BUNG BRATAK : PERJALANAN PANGLIMA KULOW DAN JAMES BROOKE KE SKRANG 1841 – The Untold History

Mungkin ada yang belum mengetahui tentang kaitan kawasan pergunungan Bung Bratak yang terletak di daerah Bau dengan kaum Bidayuh Jagoi di sini. Sebenarnya, Bung Bratak pernah dijadikan kawasan penempatan asal bagi nenek moyang masyarakat Jagoi di sini yang berasal dari gunung Sungkong, Kalimantan Indonesia. Selama beratus tahun, mereka hidup amat damai, harmoni serta kaya dengan tanaman padi dan warisan Jagoi. Namun, peristiwa hitam 1 Mei 1838 telah mengubah segalanya. 


Diceritakan pada tanggal 1hb Mei 1838, penempatan Bung Bratak telah diserang oleh sekumpulan Iban dari Skrang yang diketuai oleh Bagat berserta dengan 70 orang pengikut. Bagat dan orang-orangnya telah membakar rumah-rumah panjang di sekitar perkampungan yang tenang itu. 7 baruk (rumah tradisional masyarakat bidayuh) dan 7 basal (bangsal menyimpan padi) juga turut dimusnahkan. Bagat dan orang-orangnya telah mengambil kesemua stok padi penduduk Bung Bratak dan juga merompak kesemua koleksi gong dan perhiasan tradisional hak milik penduduk di Bung Bratak. Pengikut-pengikut Bagat juga membunuh sesiapa yang menentang mereka. Dikatakan hampir 2,000 orang penduduk Bung Bratak yang menjadi korban di dalam peristiwa hitam ini dan ramai wanita dan kanak-kanak diculik untuk dijadikan hamba abdi. Setelah mereka puas bermaharajalela di Bung Bratak, Bagat dan pengikut-pengikutnya pun belayar pulang dengan 14 bot yang sarat dengan padi dan hamba tebusan pulang ke Skrang. Sesampai Bagat dan pengikut-pengikutnya di Skrang, Ketua Lanang iaitu ketua kepada masyarakat iban di Skrang amat kecewa dengan tindakan Bagat kerana ianya adalah satu tindakan yang diluar daripada persetujuan beliau dan mengarahkan Bagat untuk melepaskan kesemua wanita-wanita dan kanak-kanak yang diculik. Ketua Lanang juga dengan penuh tanggungjawab mengarahkan agar penduduk kampung di Skrang untuk mengambil mereka ini sebagai anak angkat dan hidup di dalam masyarakat Iban Skrang. Sebenarnya tindakan Bagat dan pengikut-pengikutnya adalah semata-mata untuk mendapat jalan mudah bagi mengatasi kekurangan bekalan beras di kampung mereka dan ikhtiarnya dengan merompak di Bung Bratak adalah sesuatu yang sukar untuk diterima oleh Ketua Lanang. 


Diceritakan sewaktu Bung Bratak diserang, Panglima Kulow iaitu salah seorang panglima terkenal di Bung Bratak kerana kepahlawanannya tiada di kampung tetapi beliau dan beberapa penduduk yang lain sedang bekerja di sawah tidak jauh. Kepulan asap daripada kampung mereka telah menyedarkan mereka bahawa kampung mereka Bung Bratak telah diserang. Maka kembalilah mereka ke kampung tetapi agak terlambat kerana Bagat dan pengikut-pengikutnya telahpun meninggalkan Bung Bratak dengan meninggalkan kemusnahan yang menyedihkan untuk kesemua penduduk Bung Bratak. Malah Panglima Kulow sendiri menemui isterinya yang mati dibunuh di jeti sungai tidak jauh daripada penempatan mereka. Panglima Kulow telah mengarahkan semua penduduk yang terselamat untuk mengadakan satu mesyuarat kampung. Kata sepakat daripada penduduk kampung diambil iaitu Panglima Kulow dan beberapa orang yang terpilih pergi memohon bantuan daripada luar untuk bersama-sama mencari keluarga mereka yang diculik. 


Maka bermulalah pengembaraan beliau ke Pontianak di barat Kalimantan, Sambas dan Brunei tetapi sayangnya tiada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan. Setelah hampir berputus asa untuk mendapatkan bantuan akhirnya perkhabaran gembira diterima daripada Rajah James Brooke. Rajah James Brooke bersetuju untuk membantu Panglima Kulow menyelamatkan keluarga mereka yang diculik dan berhadapan dengan Bagat dan iban Skrang. Maka pada tahun 1841, berangkatlah Panglima Kulow dengan angkatan perang di bawah Rajah James Brooke menuju ke Skrang. Setelah beberapa ketika sampailah mereka di perkampungan iban Skrang dibawah ketuanya Lanang. Tetapi sesuatu yang amat mengejutkan Panglima Kulow dan angkatannya, Ketua Lanang telah menyambut kedatangan mereka dengan sambutan yang hangat sekali. Di dalam sambutan inilah juga Ketua Lanang telah memohon ampun kepada Panglima Kulow dan rombongan atas kekhilafan Bagat dan pengikut-pengikutnya dan mereka bersetujua untuk menyerahkan kembali kesemua mangsa penculikan kembali ke Bung Bratak. Namun bukan semua mangsa penculikan ini mahu kembali ke Bung Bratak kerana setelah beberapa tahun tinggal di Skrang, mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Jadi pulanglah Panglima Kulow dengan angkatannya kembali ke Bung Bratak. Setiba mereka di Bung Bratak, sambutan meriah telah diadakan bagi meraikan kepulangan mereka. Bertitik tolak daripada ini, penduduk Bung Bratak menjalinkan persahabatan dengan penduduk iban Sungai Skrang. Persahabatan mereka berkembang setelah ramai penduduk kampung yang berkahwin antara satu sama lain. 


Setelah keamanan dikecapi di Sarawak hasil daripada usaha Rajah James Brooke, ramailah penduduk Bung Bratak yang telah berpindah ke kawasan sekitar bagi membuka sawah padi untuk bertanam dan mencari pekerjaan yang lain. Berdasarkan kajian, kira-kira 40 kampung termasuk tujuh di Daerah Seluas, Kalimantan Barat, Indonesia mempunyai pertalian darah dengan penduduk asal Bung Bratak. Kumpulan terakhir yang meninggalkan perkampungan tersebut ialah dari suku kaum Tembawang yang meninggalkan Bung Bratak pada awal 1970-an dan kini menetap Kampung Tembawang Sauh iaitu salah satu jiran kepada Kampung Stenggang, Bau.


Hari ini peristiwa Bung Bratak dijadikan salah satu warisan masyarakat Jagoi dan sebagai sejarah, di sini telah didirikan batu peringatan bagi memperingati peristiwa hitam tersebut. Bung Bratak diisytiharkan kawasan bersejarah pada tahun 1988 oleh Dayak Bidayuh National Association (DBNA) Sejak itu, pada setiap tahun pada 1 Mei, masyarakat Bidayuh Jagoi dari sekitar Kuching, Bau dan Lundu akan berkumpul di Bung Bratak untuk memperingati peristiwa hitam yang menimpa nenek moyang mereka di sini. Pada masa kini, sambutan Hari Bung Bratak bukan sekadar perayaan memperingati nenek moyang masyarakat Jagoi, malah telah dijadikan salah satu tarikan warisan dan destinasi pelancongan serta kawasan rekreasi di negeri ini khususnya Daerah Bau. Setiap kali tiba tarikh sambutan tersebut, pelbagai acara kebudayaan dan aktiviti-aktiviti menarik diadakan di kawasan pergunungan ini.

Inilah sekelumit sejarah Bung Bratak dan perjalanan Panglima Kulow ke Skrang yang telah bertitik tolak daripada peristiwa hitam 1 Mei 1838. Semoga kawasan bersejarah Bung Bratak ini akan terus dijaga dengan mengekalkan warisan-warisan tradisional masyarakat Bidayuh Sarawak yang akan dipelihara sampai bila-bila."



Sejarah tetap sejarah. Tanpa adanya sejarah, tiadalah masa depan. Ingat asal usul sendiri baru tahu nak menghargai diri sendiri. Terima kasih.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 5 April 2013

Gelagat Interview

Pagi-pagi duduk kat sekolah ni buat assignment bukan nak berlagak rajin lah kan dengan laptop bagai. Tapi temankan kawan pergi interview kerja kat sekolah ni, jawatan cikgu. Sekolah ni sekolah swasta jadi seronok juga duduk perhati perangai orang. Tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah lagi (orang yang menemani orang interview la) so, port yang saya duduk ni memang strategik untuk memerhatikan gelagat orang yang pergi interview. Kat pagar sekolah : ENTRANCE!

Kawan saya boleh dikatakan terawal lah yang datang interview. Interview jam 9.30am, sampai sini around 8.30am..tapi standard la datang awal untuk interview. Apa yang menarik perhatian saya pasal sesi interview ni adalah gelagat orang yang datang interview ni semua. Ada beberapa perbezaan juga lah yang dapat dikenalpasti oleh saya melalui pandangan pertama saya. Antaranya:

1) PAKAIAN
Pakaian tak perlu cakap banyak lah. Macam-macam jenis pakaian ada. Ada yang pakai kurung, kebaya, blazer, skirt mini, etc. Serius, skirt mini pendek tak sampai paras lutut pun ada. Ada yang siap pakai legging. Okeh, ni tak tipu sebab ni sekolah swasta kot. Dari segi warna pula memang pening la. Macam-macam warna ada. Warna warni, warna galak semua ada lah. Tapi bagi saya sebagai pemerhati sebelum ditapis ke HR yang sebenar lah kan, saya rasa dari segi pakaian tu elok lah formal kot. Apa-apa jawatan atau apa-apa sektor pun. Sebab saya sebagai pemerhati pun dah pening, belum lagi yang interview. Dari segi warna pula, at least main 2 ton je cukup kot. Tak payah banyak warna atau bercorak sangat. Nampak serabai, selekeh, etc. Okeh,,saya pun dah dapat ambil pengajaran untuk my interview session next time :)

2) ACCESSORIES
Ni pulak yang dipakai kat badan. Macam saya sekarang lah kot. Ada jugak pakai gelang warna warni kat tangan. Begitu juga dengan calon-calon ni semua. Ada yang pakai rantai tergantung-gantung, tudung corak-corak banyak manik-manik, anting-anting 2-3 tindik di telinga, dan sebagainya. Yang ni saya tak poyah komen kot. Semua pun tau kod etika macamana kan bila interview. Tapi tu terpulang kepada setiap orang la. Maybe dia lebih confident dengan cara begitu. 1 lagi kan. Ni kira cam accessories juga la. Kasut/heels...Lelaki elok pakai kasut hitam berkilat kot. Cam smart giler and saya pun jatuh hati okeh dengan lelaki smart. Perempuan pula at least pakai kasut da tumit biar nampak konfiden and gah sikit berjalan. Tapi jangan tinggi sangat. Seselesa diri sendiri berjalan la kan. Hehe...

3) CARA PERGAULAN
Yang ni kalau kat uni saya ada ajar la bagaimana bergaul sesama calon yang datang interview hari tu bertukar pandangan dan maklumat sebelum sesi bermula. Berkenalan dulu sesama sendiri. Okeh, ni saya nampak la dalam diri mereka ni semua. Tetapi ada juga yang tak.But i like this part. Bina networking before interview. Bukan je meningkatkan level of confident tapi maklumat tu penting. Bertukar-tukar pandangan. Jadi, bertegur sapa lah sesama sendiri masa datang interview. Dulu lecturer saya pernah bagitau, ada sesetangah organisasi akan pasang cctv di tempat candidates tunggu. So, mereka akan dapat lihat macamana communication skills kita, apa-apa skills je la. Jangan berat mulut je lah masa interview ye. Ok, ni pun satu ilmu baru bagi saya.

4) SENYUM MESRA
Part yang ni pun saya suka. Orang yang datang-datang je terus senyum memang menarik perhatian saya lah. Nampak sweet je. Lagi-lagi lelaki. Seriously wahai LELAKI, awak semua limited ok. Datang interview tu senyum, nampak handsome. Sangat-sangat handsome. Lelaki punya percentage untuk dapat kerja tu sangat tinggi walaupun akademic level kurang daripada wanita-wanita ni semua. Hihi

Enough for now. Kawan pun dah siap interview. Moga tips and hasil pemerhatian saya menjadi teladan dan panduan untuk semua dan diri saya sendiri juga. GOOD LUCK AND ALL THE BEST!!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 3 April 2013

Prinsip dan Amalan Kewartawanan

Wartawan?
Berita?
Eh, kau Bacelor Pengajian Pengguna. Bukan budak wartawan kan?

Ni lagi persoalan yang bermain bila pengajian pengguna ambil subjek kewartawanan. Subjek wajib pula tu. Jawapannya, mudah dan ringkas. Pengguna ada hak. Antaranya HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT. Berita dan akhbar adalah salah satu medium paling cepat untuk pengguna mendapatkan maklumat pasal isu semasa dan sebagainya. Pembaca kepada berita dan akhbar adalah juga digelar PENGGUNA. Jadi, sebab itulah kami perlu belajar pasal kewartawanan. :)

Apa yang saya nak ceritakan di sini bukan nak tulis balik nota-nota yang saya dapat dari awal kuliah sampai sekarang atau apa. Tetapi saya terimbas balik apa yang dipelajari dalam kelas tadi dengan berita-berita yang saya baca kebelakangan ini. Memang tidak dinafikan kini media elektronik lagi cepat dari media cetak. Contohnya, FACEBOOK. Berita-berita ni memang laju je kalau dalam FACEBOOK. Kalah akhbar online pun. Tapi, akhbar walaupun agak macam dimamah usia dan hampir ditelan arus globalisasi, akhbar masih mendapat tempat di hati setiap pembaca.  Tahu tak kenapa? SEBAB, akhbar ni sahih sumbernya. Boleh dipercayai. Kalau status facebook, tu lebih kurang sama macam khabar angin. Kita tidak tahu puncanya dan boleh dipercayai ataupun tidak.

Tapi, yang menariknya dalam pembelajaran hari ini, saya baru sedar bahawa nilai berita sangat-sangat perlu dititiberatkan. Dan memang memberi kesedaran terhadap saya tentang perilaku dan minat saya terhadap akhbar. Kita akan lebih berminat terhadap sesuatu berita jika ianya berlaku dekat dengan kita. Semakin dekat jarak semakin kita nak ambil peduli. Contohnya berita malam tadi. Mengenai kes pembunuhan di Flat Serdang. Lokasi tu belakang UPM je okay. Menggelabah juga bila tahu. Sebab dekat dengan kita dan sekaligus kita merasa keselamatan kita terancam seterusnya kita harus ambil tahu. 


Berita kontroversi juga selalunya akan mendapatkan perhatian pengguna. Selalunya berita kontroversi ini akan mencetuskan kegawatan dan menjejaskan kehiudpan sosial, ekonomi dan politik kita. Contohnya pasal isu Lahad Datu baru-baru ini. Walaupun lokasinya adalah di Sabah, tetapi ia akan menjejaskan komuniti Malaysia secara keseluruhannya bila keselamatan negara terancam. Jadi, berita seperti ini juga mempengaruhi nilai berita dalam diri pengguna.

Selain daripada itu, pengaruh peribadi seseorang juga akan menarik minat kita membaca akhbar kan? Contohnya mengenai artis ataupun selebriti kegemaran kita. Laju je kita akan belek akhbar tersebut kan? Hee~

Okay, so stop menulis pasal berita atau akhbar. Ini bukan nota atau apa ya walaupun ayat nampak skema. Tetapi nak ceritakan inilah yang selalu digunakan oleh akhbar untuk menarik minat kita membacanya. Akhbar akan selalu menyediakan kita berita paling cepat, memberi manfaat kepada kita dan mudah difahami oleh kita. Sedih bila tengok akhbar dah kurang mendapat tempat di hati pengguna dan lebih mempercayai berita laman sosial yang banyak merapu dan mencarot. Sekian.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 17 September 2012

sAKit kERaNA fEsyEN?

Masa berpraktikal kat Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan sebulan yang lepas, ditugaskan pula di bawah seksyen Hal-Ehwal Pengguna memang kerja kami ni memberi pendidikan kepada pengguna dan menganjurkan program-program kepenggunaan.

Dalam sedang mem'packing' buku2 panduan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) dan jurnal2 untuk diedarkan ke IPTA/IPTS/sekolah2 untuk sudut pengguna mereka di sekitar Kuching, Sarawak, di sebalik lebih 40 jenis buku, ada 1 buku ni menarik perhatian saya. Terus terduduk di satu sudut dan baca (bukan curi tulang ok?) 


Yang ni sebelum terduduk tu..tengah check list buku untuk diedarkan. Di belakang yang dibulat merah hitam tu lah buku2 yang akan diedarkan. Tu tak sampai separuh buku. Sebab bilik tu sebenarnya penuh dengan buku2, jurnal, pamplet, brochure, dan poster kepenggunaan.

Ni buku yang menarik perhatian saya, buku "SAKIT KERANA FESYEN". Nampak tak da gambar orang kurus tepi sekali tu --> Posh Spice Girls :Anoreksia Nervosa.

Dalam buku ni disenaraikan jenis2 fesyen yang menjadi ikutan pengguna masa kini. Namun tanpa sedar sebenarnya fesyen tersebut mengundang pelbagai penyakit kepada diri pengguna. Setelah dirumuskan, kita dapat lihat banyak sebenarnya yang kita lakukan pada badan kita yang menyebabkan kita sakit. Contoh yang biasa kita dengar, KURUSKAN BADAN. Berlambak produk2 pelansingan badan ket luar. Kenapa? Orang kata kalau xda DEMAND, xda la SUPPLY. Pengguna sendiri yang minta so pengeluar pun ambil lah kesempatan. Kurus kalau x sihat tu x cantik sebenarnya kalau hanya bergantung kepada pil semata-mata. Ada yang sampai kurus tahap Anoreksia Nervosa, makan pastu muntah balik tu sihat ke? Badan pun kurang zat2 yang diperlukan. Macamana badan nak berfungsi dengan baik kalau camtu. Nak kurus, gunalah cara yang betul. Yang penting NIAT. Xda niat, xleh jadi juga. Pastu makan makanan seimbang dan lakukan senaman. Pasti anda akan KURUS dengan SIHAT.

Mini skirt lak punca anda dapat selulit. Camne tuh? Ala, xyah baca buku tu ikut logik akal dah tau dah kesannya. Mini skirt kan pendek, so paha serta anggota2 kaki anda 2 terdedah tau ngan cuaca. Kalau cuaca sejuk lagi lah menyumbang kepada penyakit yang m'burukkan kaki tu? Nak kaki buruk? Kalau saya lak kaki terdedah ngan benda2 sejuk ni cepat je kejang. Kejang bukan sekejap. Dalam berjam2 juga tu. Sakitnya boleh sampai menangis2 dibuatnya.

Meluruskan rambut...cuba tnya diri sendiri selama hidup ni dah brapa kali dah luruskan rambut? Saya sendiri x nafikan diri saya pun dah banyak kali luruskan rambut. Belum termasuk kerinting lagi dan warnakan lagi. Now, cuba nak stop. Effect yang saya dapat, rambut gugur. Kulit kepala kita terdedah dengan pelbagai bahan kimia. Macam2 masalah rambut yang kita akan hadapi selepas luruskan rambut. Hujung rambut bercabang, rosak, kering, dan juga boleh mengakibatkan kanser.

Bercoli...Ni untuk golongan wanita2 dan gadis2. Seperti yang kita sedia maklum, pakai coli ni boleh menyebabkan kanser payu dara. Dalam buku ni ada mengatakan pemakaian coli 2 sebenarnya 1 fesyen sahaja. Dulu mana ada orang bercoli. Sekarang ni wujudnya coli adalah kerana nak bentukkan payu dara agar cantik dan mempunyai bentuk yang menarik. Tapi susah kalau nak hentikan penggunaan coli sebab coli dah jadi satu keperluan kepada kita kini. Namun, untuk elakkan sebarang masalah kesihatan sebaiknya penggunaan coli ini dikurangkan semanima mungkin. Pemakaian coli yang ketat terutamanya yang berdawai ketika tidur, mencegah peredaran limfa yang normal dan cenderung kepada penyebab kanser. Sebenarnya setiap goyangan payudara ketika berjalan, berlari dan sebagainya mengurut payudara dan meningkatkan aliran limfa. Dan dengan itu akan membersihkan payudara daripada tokisn dan sisa yang muncul dari metabolisme sel. Fungsi sistem limfa ialah untuk menapis toksin dan juga bakteria, Kalau sistem limfa tersumbat, maknanya segala toksin dan bakteria terkumpul kat sekitar payudara. (sumber: http://lydiaroslistories.blogspot.com ) Cadangan saya, kalau nak tidur tu x payah pakai coli. Bagi peluang pada payudara kita untuk 'bernafas'.

Lain2 isu yang dibincangkan dalam buku ni:
1) Beg tangan penyebab sakit belakang.
2) Kasut tumit tinggi menyebabkan kulit kaki mengeras, memberi tekanan kepada kaki, tidak seimbang serta jari kaki cacat.


3) Tatu (Tattoo) dan menindik badan penyumbang kepada kematian.
4) Seluar dalam ketat mengurangkan jumlah sperma lelaki.
5) Thong (G-String) mengundang kepada jangkitan.
6) Korset dan Giddle menyebabkan kulit xleh bernafas, gatal2, dan kulit melecet. -yang ni yang salu orang gunakan untuk shaping pinggang tu ha..biar nampak ramping, nak perut kempis.

So, nak tahu lebih banyak sila baca buku ni. Saya jamin buku ni memberi banyak faedah kepada kita. Selamat menyihatkan diri!! :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 22 July 2012

iNtERNshiP ♥

Dah sebulan ber'intern'...baru da masa nak update. :) Ni pun sebab tiba2 hari ni tak ada kerja pula kat ofis ni. So, meh ber'intern' jap.

1st day ---> terkejut tengok ramai giler budak buat internship kat sini. 9 orang (my new friends) da yg dari UNIMAS, UMS Labuan n me UPM ^^ Course pla macam2 ada. Marketing, finance, business, consumer study..macam2 la. 1 Uni katanya. Ni ha muka2 diaorg. Kalau rasa2 cam kenal, komen la kat entri..haha 

Ni la muka2 budak praktikal ^^ kurang seorang sbb jadi photographer.

Program2 yang kami handle? Meh tengok pic ni pula...
Ni masa perasmian kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) pertama di Sarawak. Under seksyen Perdagangan Dalam Negeri.
Kenal tak yang berbaju biru tua? Itulah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Then yang baju biru muda 2 our boss..hehe pengarah PPDNKK, Sarawak. Yang lain2 tu kawan sepraktikal. Mana saya dlm pic? Jangan dicari. Pulang awal. Sob3 :'(

Next program, education program kat Auditorium P.Ramlee, RTM, Sarawak. bersama ngan budak2 sekolah, kolej, uni..n macam2 lagi. Under seksyen Kepenggunaan ^^


Ni masa buat cleaning kat stor kepenggunaan :)


Xda kerja jadinya camni...



AND THIS IS ME!!!

Sekian. Jumpa lagi next entri. Terima kasih sudi membaca ^^
Lots of love.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 14 June 2012

Bacelor Pengajian Pengguna

"Eh, Bacelor Pengajian Pengguna?"
"Ape tu?"
"Pasal apa?"
"X pernah dengar pun.."
"Boleh dapat kerja ke nanti?"
"Owh..." (padahal x tau pape)

Haa~~entri kali ni pasal course yang saya amek kat UPM.. BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA...korang pun mesti tak pernah dengar pasal course ni kan. Saya pun hampir muntah nak menjawab soalan2 orang berkaitan course ni. Contoh-contoh soalannya adalah macam di atas. Biasanya kalau rajin, saya jawab panjang berjela2 sampai list out lagi subject2 yang saya amek. Haha :)) Bila malas pula, saya just tanya balik.. "Tahu tak pasal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)? Semuanya ada di website KPDNKK. Search www.kpdnkk.gov.my. " Paling sentap sekali bila orang kata "owh..boleh dapat kerja ke nanti?" Gugur segala hati, jantung, peparu, hempedu, dan segala2nya bila mendengar orang tanya cmtu.

So, saya akan ceritakan mengenai course saya kat sini. Dengan ini mudahlah. Bila org tanya, saya hanya copy paste link entri ni dan bagi kat dia..Biar dia baca entri yang skema ni. Haa~:D

Bacelor Pengajian Pengguna merupakan salah satu kursus degree yang ditawarkan oleh Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Serdang (Bukan under fakulti pendidikan). Dan kursus yang julung-julung kalinya ditawarkan dan hanya terdapat di UPM (padanlah orang x tahu menahu). Tempoh nak ambil kursus ni sekarang 4 tahun dan saya adalah batch yang malang, yang pertama menjalani kursus ni selama 4 tahun. Senior-senior dulu just 3 tahun. But, x menyesal pun sebab saya seronok study :)

Kursus ini dibahagikan kepada 3 minor iaitu kewangan, produk, serta advokasi & pendidikan pengguna. Saya amek yang advokasi 2. So, memang kena hafal akta2 la. Dulu masa senior amek ada minor komunikasi, perumahan, etc. Tetapi sebab permintaan kurang, so minor ini tidak ditawarkan pada batch kami..

Dah kenal kan dengan latar belakang course ni? Sekarang nak cerita pula apa yang kami belajar. Bacelor Pengajian Pengguna ni lebih kurang macam management, HR, ntah pape la yang berkaitan organisation tu. Tapi apa yang kami belajar adalah all rounders. Kami belajar semua yang berkaitan dengan pengguna. Perlindungan Pengguna, Hak-hak pengguna, Tanggungjawab pengguna, dan sebagainya. Pernah dengar iklan "ANDA PENGGUNA BIJAK" x? Tu lah dia.. Bezanya kami dengan budak2 management atau yang sewaktu dengannya ni, diaorg lebih kepada organisasi semata-mata. Kepentingan organisasi, kaedah mengaut keuntungan, belajar gelagat pengguna dengan itu boleh mengatur strategi pemasaran, pengeluaran yang berkesan, etc...Tetapi kami budak2 pengguna memperjuangkan pengguna agar menjadi lebih celik, faham, tahu, terdidik, dan sebagainya mengenai apa yang berlaku di sekitar mereka. Pasaran semakin kompleks. Teknologi pula semakin x terkejar sebab berubah sangat cepat. Kita pun x sempat nak up-to-date selalu dengan benda2 ni semua. Sebab tu lah pengguna ni mudah je ditipu, dianiayai dalam pasaran. Dah tahu diri tu ditipu, tak tau pula macamana nak buat aduan, nak dapatkan ganti rugi, cari saluran yang betul untuk buat aduan dan sebagainya.. OLEH SEBAB TUNTUTAN HIDUP PENGGUNA YANG SEPERTI INI, AKHIRNYA LAHIRLAH BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA. Agar pengguna lebih bijak dan tahu hak-hak serta tanggungjawabnya dalam pasaran.





Namun begitu, janganlah kerana kami ni budak pengguna hanya nak protect pengguna je. Pengguna ni kadang-kadang ada juga kesengalannya pada organisasi atau pasaran. Contoh paling mudah, kedai nak tutup tapi masuk kedai juga then berjam2 shopping padahal kedai memang nak tutup (kedai baju selalunya), buat barang kat kedai pecah tetapi xnak ganti balik, cuba baju kat fitting room tapi terkoyak secara sengaja and butang tercabut." Nampak kan. Pengguna macam ni memang sangat jahil. Haha :)) Sebab tu kami juga cover protection untuk organisasi juga. N sebab itulah dah disenaraikan tanggungjawab-tanggungjawab pengguna di samping hak-hak2 nya. Contoh lagi, salah satu hak pengguna adalah hak untuk keselamatan. Beli rice cooker, check waranti segala tapi guna rice cooker untuk masak daging, etc (untuk rice cooker yang functionnya utk masak nasi je). Pastu meletup dan cederakan pengguna sendiri, tapi salahkan organisasi. Padahal dah diberitahu function untuk apa. So, tanggungjawab pengguna di sini adalah menggunakan produk dengan selamat.





Sebab hal inilah diwujudkan course ini agar orang-orang seperti kami ini akan sedarkan pengguna seperti ini untuk lebih bijak dan mampu melindungi diri sendiri. Nak harapkan orang nak lindung selalu memang tak lah. Huhu

Boleh dapat kerja ke nanti? Ape je kerja yang ada?
Fed-up tak dengan soalan ni. Haha jawapan saya simple je. Pasaran makin kompleks, teknologi berubah-ubah. Pengguna akan bersemuka dengan hidup lebih mencabar lebih dari sekarang. SO, MEMANG ADA!!! kalau rajin cari kerja. Kalau malas cari kerja memang menganggur la. Tak kisah la course ape pun. Yang amek course medicine/medik pun xkan dapat kerja kalau failed or malas. Sebab tu kena berusaha!!
Memang la ada kerja kalau usaha, tapi kerja apa yang boleh????
Minor kewangan diaorg boleh kerja kat bank, jadi perunding kewangan pengguna cth kat AKPK, jadi pape je yang berkaitan kewangan. Sebab kami pun belajar akaun ^^
Minor produk pla boleh kerja mana2 je..Kat SIRIM, HALAL, kat management organisation pun boleh kawal2 benda2 pasal produk..:)
Minor advokasi pula boleh jadi motivator, kaunselor (kena dapatkan lesen dulu), pegawai2 kerajaan yang selidik pasal kemiskinan di Malaysia cth EPU n etc.
Antara organisasi kerajaan yang terima kehadiran kami ialah Economic Planning Unit (EPU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), AKPK, JAKIM, SIRIM, Lembaga Zakat, etc.

Haa~~banyak kerja. Jangan risau. Peluang kami bekerja mudah-mudahan luas. Sebab kami adalah satu-satunya pelajar pengajian pengguna di Malaysia. dan batch kami hanya 40+ orang satu kelas. Setiap kali grad hanya sejumlah orang tu je yang akan keluar cari kerja :)

P/s: Bukan nak cakap riak atau bongkak ye. Just nak share. Maybe bagi yang tengah mencari-cari kursus nak dibuat lps stpm, dip, matrik, etc tu boleh pertimbangkan course ni sebagai next option in life ^^ Bagi yang nak buat master, Sains Pengguna ada ditawarkan :) Sekian, terima kasih sebab membaca ^^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 30 May 2012

MaKANan GaWAi 1

Tinggal 2 hari lagi kaum-kaum Dayak di Sarawak akan sambut perayaan Hari Gawai Dayak. Tapi saya pula 'stuck' di sini sebab 'final exam' yang bakal mendatang ni. Tambahan pula harga tiket flight yang memang berlipat kali ganda mahal dari harga biasa ni (mencecah RM500++ untuk pergi je). Memang tak balik lah jawabnya. Tapi tidak mengapa. Demi masa depan saya sanggup. Chewah~~:D

Gawai..apa yang saya 'imagine' sekarang memang tak lain tak bukan makanan lah. Adat istiadat Gawai ni saya akan update pada entri akan datang ye. Mesti korang nak tahu kan macamana perayaan Gawai disambut. Tapi saya mesti dapatkan kesahihan pasal ni dari orang yang lebih tahu dulu..Tak nak la serkap jarang je kan. It's ok. Sekarang ni update pasal makan dulu ye..sebab saya ni memang suka makan. (Maloo la :$ )

Kalau pergi ke rumah orang kan,,dalam bahasa Bidayuh nya "ngabang" iaitu ziarah menziarahi rumah rakan/saudara mara, benda pertama yang saya cari ialah biskut. Ala,biasala mula2 datang memang orang hidang dengan biskut dulu. Tapi biskut ni mesti dah 'familiar' kan. Raya pun selalu kot orang hidang. Ni dia..yang pertama biskut makmur. (Tapi biskut makmur paling sedap ialah dibuat oleh mak cik saya, Puan Gembar). Ni gambar untuk ilustrasi je bagi sesiapa yang tak tau apa itu biskut makmur.

Biskut makmur..memang makmur lah lepas makan ni..hehe orang kampung saya kata ni biskut 'bom'. Sebab masa makan biskut ni letak lam mulut je terus hancur. Takyah susah payah nak kunyah separuh mati..(Perumpamaan je k).

Pastu saya juga cari biskut ni..biskut ke?keropok kot..eh,,ntah pape la..biskut popia seaweed. Pernah makan tak? Kawan saya ramai yang tak pernah makan. Hurmm,,rugila. Yang ni memang tiap2 perayaan adik beradik saya akan gotong royong buat. Senang je nak buat. Tapi memang jadi rebutan la. Hari ke-2 dah habis dimakan dek budak2 termasuk saya.

Susah nak jumpa kat Semenanjung ni. Tapi rasanya kaum Cina suka makan ni. Cara buat nya rujuk blog http://nonierahman.blogspot.com/2011/08/popia-seaweed.html ni ha...da cara nak buat..simple je :)

Lepas itu, saya cari biskut ini pula...Almond London..Moden sangat Gawai saya...korang pun mesti tahu la ape tu Almond London. Tak mungkin tak tahu. Ni dia...taddaaa...

Tak perlu la kot nak bagi description pasal biskut ni..mesti korang lebih tahu dari saya kan..:)

Next biskut is tart nenas ke? Haa..lupa pla..Sedap sangat. Mak cik teror buat ni juga,,Camne rasanya? Rasa nenas la..hehe banyak dijual la ni..tapi tak sesedap mak cik saya buat la.Hehe

Lagi2 makanan Gawai...enough with biscuit..hehe now makanan berat2 pula la kan...Ape dia makanan nya? Next entri ok..makanan Gawai 2 coming soon... (tak cukup bahan sebenarnya nak tunjuk..sori ) Maaf semua :(

p/s: TQ sudi membaca ^^
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 14 May 2012

♥ mAKaNAn2 SaRAwAK ♥

Hai..jumpa lagi kita di post kali ni yang bertajuk "makanan-makanan Sarawak". Selalu post pasal diri sendiri je kan.. Kali ini post pasal makanan pula..sebab saya ni pun suka makan sebenarnya. Tetapi tetap maintain kurus. Apekah?? Memang nak berisi sket tapi apakan daya kan..huk3 :'(

Jom kenal makanan yang pertama. Makanan inilah yang paling saya suka. Kegemaran sangat2. Lagi2 kalau ayah yang buatkan memang sedaplah. Tak tahu nak explain kesedapannya. Inilah UMAI. kenal UMAI x? Kalau orang Sarawak mestila kenal kan :) Umai ni makanan tradisional kaum Melanau di Sarawak. Resipinya sangat2 ringkas. Hanya menggunakan hirisan ikan mentah (ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang...tapi saya lebih suka obor2. Lagi sedap ^^) pastu diperap dengan jus limau kasturi, bawang besar dan cili cili banyak lagi sedap sampai merah :D , garam dan sedikit perasa.



Gambar 1 : UMAI

Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini yang akan menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak. Setelah itu barulah dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar dan cili, seterusnya tambah garam dan sedikit perasa. Ikut selera masing2. Kalau saya, nak pedas :D ( Sumber : www.melanaublogger.com)

Next makanan, Laksa Sarawak. Ni mesti ramai yang pernah dengar. Dengar je eh? Makan? Hehe..It's ok. Ada kesempatan nanti rasa lah k. Laksa Sarawak ni satu-satunya laksa yang menggunakan bihun tau. Biasanya kita jumpa yang guna mee kuning je. Hurmm,,cara2 memasaknya mudah juga. Guna pes sahaja. Ada dijual di mana-mana kedai yang menjual bahan2 memasak. Ni lah 'wajah' laksa Sarawak.


Gambar 2 : LAKSA SARAWAK

Cara-cara nak memasak Laksa Sarawak eh? Alamak, x tau pula...Haha tau makan je. Amek link ni..kat sini blogger ni ada ajar macamana nak buat Laksa Sarawak dengan lebih detail. Selamat mencuba!!!
http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/02/laksa-sarawak.html

Makanan seterusnya pula, hurmmm..LINUT!!! tau LINUT x? Macamana pula nak masak linut? Tak payah bingung2 susahkan diri. Tepung nya ada dijual merata kat Sarawak. Tepung Sagu.. Hanya jerangkan tepung dengan air panas dan tangan sepantas kilat kena menggaul linut. Barulah boleh jadi.. Ni la rupa linut :)


Gambar 3 : Linut

Nampak macam ala2 cendol kan :) Sedap kalau dicampur dengan benda masam, cili banyak2, sardin ke...Hurmm,,rasa lah sendiri. :)

Keempat punya produk,,KOLO MEE. Mesti salu dengar orang sebut2 ni..haa..nilah dia KOLO MEE...


 Gambar 4 : KOLO MEE UDANG

Kolo mee ni lebih kurang macam mee megi la..tapi lebih sedap..Percaya la..^^ Cara nak masak? Alamak,,kurang ilmu pula. Maaf lah ye..saya pun bukan tahu masak sangat..Selalu makan kolo mee kat kedai je..hehe

Banyak makanan nak share kat awak2 semua ni. Tetapi masa macam tidak mengizinkan...ASSIGNMENT berlambak x taip lagi..!!Blog pula ditaip...huhu k,bai semua..jumpa lagi next entri... (Ntah sapa yang baca kah...haha perasan sendiri..) Bubbye..Chow cinci ^^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen